
Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, pelakon Sharifah Sakinah berkongsikan khabar duka menimpa teman lelaki, Michael Hansen.
Menurut Sakinah, kekasihnya yang merupakan lelaki warga Sweden itu disahkan positif Covid-19. Dalam entri tersebut, Sakinah turut mendoakan agar kekasihnya itu segera pulih.
Difahamkan Michael kini berada Sweden selepas pulang menyambut perayaan Krismas bersama anak-anak. Dalam pada itu, Sakinah sempat berkongsikan rakaman teman lelakinya sedang memasak walaupun dijangkiti virus tersebut.
Diruangan komen, rata-rata pengikut dan netizen mendoakan agar kekasih Sakinah tabah menempuhi dugaan tersebut dan cepat sembuh.
Terdahulu, Sakinah mengumumkan akan menamatkan zaman jandanya dengan Michael 25 Mei depan. Sakinah bagaimanapun berkata tidak dapat mengesahkan sama ada majlis perkahwinan mereka akan di adakan di Kuala Lumpur atau di Sweden.
Sebelum ini beliau berkongsi tarikh lahir sama, pelakon, Sharifah Sakinah, 31, semakin rapat dengan seorang jejaka Inggeris.
Tanpa berselindung, Sakinah berkata, dia menyenangi jejaka berusia 41 tahun, bagaimanapun tempoh perkenalan masih terlalu awal untuk ditafsirkan.
Mengulas kehidupan selepas bercerai pada Mei lalu, Sakinah berkata, dia lebih memandang ke depan dan telus.
“Saya gembira dengan apa dilalui hari ini. Ya, saya akui semakin rapat dengan lelaki Inggeris itu.
“Dia baik, malah kami berkongsi tarikh lahir sama. Jadi, kami boleh dikatakan seras walaupun usia pula berbeza hanya 10 tahun.
Pelakon drama telefilem Girlfriend Aku Dari Neraka itu berkata, dia dan bekas suami, Aliff Adha bergilir-gilir menjaga anak, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.
“Seminggu Anais bersama saya, kemudiannya seminggu bersama bekas suami.
“Anais masih terlalu naif untuk memahami apa yang berlaku pada saya dan bekas suami. Bagaimanapun, kami tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak,” katanya yang ditemui pada majlis mengumumkan pemenang cabaran menurunkan berat badan 18 hari saja anjuran produk kesihatan, Whollyfitz.
Pada majlis berkenaan, ‘buah hati’ Sakinah juga turut hadir untuk memberi sokongan kepadanya.
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply