Uncategorized

YDP Agong Dengan Selamba Membonceng Motor Kapchai “mesti lelaki yang bawa agong itu nebes giler”

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menaiki motosikal menyantuni rakyat jelata di Kampung Binjai, Lipis dalam ziarah Baginda Tuanku ke daerah itu, hari ini.

Dalam video berdurasi 1 minit 32 saat itu menunjukkan KDYMM Tuanku menyantuni sebuah keluarga dan mengurniakan sumbangan kepada mereka.

Bagaimana perasaan adik ni apabila KDYMM Tuanku Agong berkenan untuk membonceng motor kapcai rakyat Baginda dalam laluan kebun getah ini.

Come Netizen:

“Confim nebes giler drebar moto tuanku.. pengalaman xleh dilupakan tuu.. bawa Tuanku naik moto.. terbaik”

“Bersyukur sy jd rakyat Malaysia sbb ada seorang Agong yg rendah diri dan ambil berat pasal rakyat.. Tp syg menteri2 Malaysia kebanyakan gila kuasa..”

“Beruntung sngt brader tu dpt bawak Tuanku..terbaik Tuanku..seorang yang berjiwa rakyat..kalau aku,,memang tknk bawak moto tu..suruh orng lain bawak..bukan ape,,takut terlupa nak pulas throttle mcm mne.”

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meluangkan masa menyantuni mangsa banjirr yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Clifford dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa di Kuala Lipis, Pahang hari ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Istana Negara sebentar tadi, Seri Paduka Baginda yang diterbangkan menggunakan helicopter khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu telah mendarat di Kuala Lipis pada pukul 10.00 pagi.

Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Seramai 95 mangsa banjir daripada 36 keluarga ditempatkan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Clifford, manakala seramai 192 daripada 57 keluarga ditempatkan ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Dalam lawatan tersebut, Baginda turut berkenan beramah mesra dan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjirr bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ini mencerminkan keperibadian in keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjirr dan golongan yang memerlukan bantuan.

“Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjirr yang meland beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda,” ujar kenyataan tersebut

Sumber : Info RoadblockJPJ/Polis dan Kosmo Online

Kredit : http://www.majalah-utusan.com/

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *