
Jakarta: Sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air dilaporkan hilang kontak selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, hari ini.
Menurut jurucakap Kementerian Perhubungan (Pengangkutan) Indonesia, pesawat komersial itu berlepas jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat dan dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 petang waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).
“Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada 2.40 petang waktu Indonesia Timur, sebelum hilang,” kata jurucakap berkenaan menerusi pesanan ringkas WhatsApps.
Pesawat Sriwijaya Air perjalanan Jakarta-Pontianak yang hilang membawa penumpang berjumlah 56 orang dan anak kapal seramai 6 orang. Sebanyak 46 orang dewasa, tujuh kanak-kanak dan bayi tiga orang.
Menurut media tempatan, yang memetik penduduk tempatan, mendakwa melihat sebuah pesawat terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta. Nelayan sudah mula menjumpai sepihan yang dipercayai serpihan dari pesawat Sriwijaya Air SJ182 di sekitar Pulau Seribu.
Video dipercayai serpihan pesawat
Sumber : Harian Metro
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply