
PETALING JAYA – Kisah seorang pelajar berusia 14 tahun yang menjadi m4ngsa kecvrian telah menarik perhatian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal untuk turun padang bertemu dengan remaja berkenaan pada Selasa.
Muhammad Nor Faizal Nordin mencari duit poket ketika cuti sekolah dengan bekerja sambilan menjual burger tepi jalan di Jalan Nuri Seksyen 7, Kota Damansara.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi baru-baru ini, Muhammad Nor Faizal kehilangan telefon bimbit, wang tunai dan barang jualan di kedai burger di tempatnya bekerja ketika dia ke tandas.
Menurut perkongsian di Facebook Polis Daerah Petang Jaya pada Selasa, atas dasar prihatin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menyumbangkan sebuah telefon bimbit kepada mangsa.
“Ia bagi memberi semangat kepada remaja itu untuk terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam kehidupan.
“Dengan hanya usaha kecil, namun tidak ramai orang yang memanfaatkan peluang itu untuk mengubah dunia, hanya satu kebaikan sehari,” menurut perkongsian itu.
“It takes so little to do just that, and yet few people utilize this world-changing ability. Just one good deed a day”
“One Good Deed A Day..”
PETALING JAYA, 29 Disember 2020 (Selasa) – YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee…
Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Tuesday, 29 December 2020
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply