
SHAH ALAM – Keadaan aliran trafik di sekitar kawasan Lembah Klang dilihat mengalami kes.esakan sepanjang hari ini.
Dipercayai, kese.sakan itu berlaku kerana orang ramai mencari barang keperluan menjelang pelaksanaan Perlntah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perisytiharan d.arurat.
Jalan-jalan yang mengalami kese.sakan melibatkan Jalan Tun Razak, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Lingkaran Tengah 2, Jalan Lapangan Terbang Subang, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Jalan Duta – Sungai Buloh dan Lebuhraya Damansara-Puchong.

Berdasarkan aplikasi Google Map, kesesakan lalulintas ini meliputi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
Tempat Lain Pun Jem Juga


Selain itu, kem.alangan berlaku di beberapa kawasan seperti Persiaran Kewajipan, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Lingkaran Tengah 2, Jalan Kuching dan Lebuhraya Baru Lembah Klang turut menjadi p.unca kepada kes.esakan lalu lintas.
Dalam pada itu, penutupan jalan turut berlaku di lokasi-lokasi tertentu seperti Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Raja Hassan, Jalan Parlimen, Jalan Mamanda Sembilan dan Jalan Jelatek.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas pada Isnin mengumumkan pelaksanaan PKP bagi enam negeri untuk tempoh 14 hari mulai 13 Januari hingga 26 Januari.
Enam negeri yang terlibat adalah Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Kredit : SinarHarian/LLM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply