“Tebal betul lukis kening tu..” – Netizen Tegur Penampilan Terkini Neelofa.

Sebut sahaja nama Neelofa, pasti semua mengenalinya. Bukan sahaja hebat mengacara, malah sangat komited dalam menguruskan perniagaan miliknya.

Sebelum ini, selebriti berusia 32 tahun itu mengambil keputusan untuk mengenakan penampilan berniqab yang menutup seluruh mukanya kecuali bahagian mata sahaja.

Namun baru-baru ini, menerusi Instagram peminatnya lofa.sg terdapat beberapa video dikongsi semula memaparkan Neelofa memakai purdah pula dimana menampakkan bahagian dahinya.

 

 

Bagaimanapun, cerita itu mengundang netizen bagi memberikan pelbagai reaksi dimana rata-rata bertindak untuk menegur penampilan selebriti tersebut dengan mempersoalkan bahagian kening Neelofa.

Selain itu, ada juga warganet yang memberi komen mengenai dahi Neelofa yang kini terdedah dan tidak lagi ditutup.

Walaupun sering mendapat kecaman, namun kadang-kala berdiam adalah kunci kejayaan. Kita sebagai hambaNya juga perlu berusaha memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Sumber: Instagram Lofa.Sg  /omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*