Guru Pikul Amanah Berat Selepas Kongsi Kisah Hiba 5 Beranak Jual Kelapa Terbiar, Tapi Semuanya Berubah Selepas Nampak Tudung Di Ampaian!

KISAH keluarga lima beranak di sebuah kampung di Sabah yang mengait kelapa terbiar di tepi jalan untuk dijual, pernah menjadi perhatian beberapa bulan lalu.

Ia susulan perkongsian seorang guru yang juga aktivis kebajikan, Maisarah Hannan, yang menceritakan kisah dirinya terserempak dengan keluarga tersebut, di media sosial.

Menerusi perkongsian tersebut, guru berusia 34 tahun itu menceritakan betapa dirinya sayu dan sebak melihat si bapa bertungkus lumus mengait buah kelapa sambil ditemani isteri dan tiga anak kecil ketika hari hujan.

Ketika itu, Maisarah bersama beberapa rakan sukarelawan sedang dalam perjalanan menghantar bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Siapa sangka, kisah hiba lima beranak tersebut mendapat perhatian meluas sehingga tampil insan dermawan yang menghulurkan sumbangan menerusi Maisarah, untuk disampaikan kepada mereka.

Maisarah bersama rakan sukarelawan menjejaki rumah keluarga lima beranak dari satu kampung ke kampung yang lain.

Dalam perkongsian terbaharu di Facebook, Maisarah berkongsi cerita bagaimana dia dan rakan-rakannya menjejaki keluarga tersebut demi menyampaikan sumbangan yang telah diamanahkan.

“Ingat lagi kisah keluarga yang kehujanan bersama anak kecil mengambil kelapa di tepi jalan dulu?

“Sebab ingin sampaikan sumbangan daripada dermawan, sedaya upaya kami cuba untuk menjejaki mereka. Dari satu penempatan, ke penempatan yang lain. Mulut tidak berhenti bertanya. Handphone dihulur ke sana ke sini untuk tunjukkan gambar bagi memudahkan pencarian.

“Mereka kata di situ, sebab rumah lamanya terbakar, kami pergi ke situ. Di situ kata di bawah sana, kami pergi ke bawah sana. Di bawah sana kata sudah pindah di depan, kami terus ke depan pula. Turun bukit, naik bukit kita dibuatnya,” cerita guru ini.

Selepas beberapa jam, akhirnya mereka menemui rumah keluarga berkenaan.

Beberapa jam menjelajah masuk beberapa perkampungan namun usaha mereka menemui jalan buntu, sehinggalah mereka tiba di sebuah perkampungan terakhir.

“Kami sampai di satu kawasan baru. ‘Kak, mungkin ini rumahnya’, kata si Saharuddin Amirullah atau Sahar. ‘Nah kak, banyak baju budak-budak tu di jemuran’, katanya. ‘Saharrrrr!! Tudung yang di jemuran tu macam tudung yang si kakak pakai hari tu’. Part ni, aku dah mula terlebih teruja.

“Tuan rumah asal bagi mereka tinggal tanpa perlu membayar apa-apa. Jagakan saja, katanya. Rezeki mereka, dipertemukan dengan orang yang baik.”

MAISARAH HANNAN

GURU/AKTIVIS KEBAJIKAN

“Semua serentak memandang ke pintu rumah. Ada seorang budak memerhatikan kami. Alhamdulillah, orang yang kami cari-cari.

“Bila yang dicari dengan sepenuh hati muncul depan mata, bahagianya lain macam. Lupa semua kesengsaraan melarikan diri daripada si anjing tadi,” tulis Maisarah lagi.

Menurut Maisarah, keluarga berkenaan tinggal di sebuah teratak kecil ihsan seorang insan baik hati yang memberi kebenaran kepada mereka tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Aktivis sukarelawan yang turut serta bersama Maisarah menyampaikan sumbangan yang diamanahkan kepada mereka untuk keluarga lima beranak berkenaan.

“Keluarga ni baru saja tinggal di sini. Tuan rumah asal bagi mereka tinggal tanpa perlu membayar apa-apa. Jagakan saja, katanya. Rezeki mereka, dipertemukan dengan orang yang baik. Masa kami sampai pun si kakak sedang membersihkan rumah.

“Di sebalik urusan yang dipermudahkan, pastinya ada doa yang telah dikabulkan oleh-Nya. Terima kasih semua. Pasti semuanya ini doa kalian. Juga doa dari asnaf-asnaf yang pernah menerima sumbangan dari kalian,” tulisnya lagi.

Artikel Terdahulu

Simpati tengok 5 beranak kait kelapa terbiar ketika hujan, guru terfikir satu keadaan lebih buruk selepas borong semua buah – “Mungkin sebenarnya mereka nak alas perut”

SITUASI pandemik Covid-19 yang memasuki gelombang ketiga menyebabkan beberapa negeri khususnya Sabah, terjejas teruk, lantaran kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan bagi mengekang penularan wabak berbahaya itu.

Keadaan ini menyebabkan kebanyakan rakyat kehilangan sumber pendapatan kerana tidak semua sektor dibenarkan untuk beroperasi sepenuhnya.

Keasannya, ada yang terpaksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan alternatif demi mencari wang untuk menyara keluarga masing-masing.

Perkongsian seorang guru yang aktif melakukan aktiviti kebajikan di sekitar Sandakan, Sabah di media sosial baru-baru ini nyata menyentuh hati netizen.

Dalam perkongsian tersebut, Maisarah Hannan berkongsi kisahnya bersama rakan-rakan sukarelawan terserempak dengan lima beranak yang sedang mengait buah kelapa untuk dijual ketika hari hujan.

“Si ibu memegang payung untuk melindungi tiga anak kecilnya yang kehujanan, si ayah membetulkan bambu panjang yang digunakannya untuk mengait kelapa muda. Ini situasi yang saya terlihat di tepi jalan semasa dalam perjalanan menuju ke lokasi agihan bantuan,” demikian kapsyen pada perkongsian tersebut.

Maisarah dan rakan sukarelawannya memberikan bantuan berupa barangan dapur kepada lima beranak berkenaan.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, guru tersebut berkata kejadian kira-kira seminggu lalu itu benar-benar membuatkannya terkesan kerana tidak dapat membayangkan kesukaran hidup keluarga berkenaan sehingga terpaksa mengait buah kelapa terbiar untuk dijual.

“Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi di mana saya dan tiga lagi rakan sukarelawan sedang dalam perjalanan ke lokasi agihan bantuan. Biasalah, mata pemandu pasti akan peka apa yang ada di tepi-tepi jalan.

“Ketika itu sebaik sahaja ternampak mereka, saya serta merta terus berhentikan kenderaan. Sedih bila lihat tiga anak pasangan ini yang berusia dalam lingkungan dua hingga lima tahun duduk di bawah payung, sementara si bapa sedang betulkan galah buluh.

Maisarah dan pasukan sukarelawan masih lagi aktif menghantar bantuan kepada penduduk yang terjejas di sekitar Sandakan.

“Saya bertanya, nak jual ke kelapa ni. Si ibu mengiyakan. Terus saya kata nak beli semua… dalam pada itu, sempat juga saya bertanya beberapa perkara. Rupa-rupanya si bapa kehilangan kerja sejak PKP. Mereka dari kampung berdekatan.

“Sebaik saja beli buah kelapa, saya hulurkan barang keperluan seperti beras, telur dan barangan dapur yang lain kepada mereka dan berpesan supaya lekas pulang kerana sedang hujan,” katanya.

“Sudah pastinya keluarga ini dalam keadaan terdesak… sehingga bawa anak-anak untuk mencari rezeki.”

MAISARAH HANNAN

GURU/SUKARELAWAN

Menurut guru kaunseling ini, sepanjang lapan bulan bergiat sebagai sukarelawan, pertemuan dengan lima beranak itu merupakan antara kisah yang begitu menginsafkan dirinya.

“Sudah pastinya keluarga ini dalam keadaan terdesak… sehingga bawa anak-anak untuk mencari rezeki. Namun begitu, hati saya ada juga terdetik, mungkin kelapa itu pada asalnya untuk mereka alas perut sebelum saya tawarkan untuk membelinya,” kata guru yang mengajar di SMK Conven St Cecilia, Sandakan ini.

Dalam pada itu, Maisarah berkata dia masih lagi bergiat aktif mengagihkan bantuan kepada penduduk kampung lebih-lebih lagi selepas beberapa perkongsiannya sebelum ini tular sehingga ramai pihak menghubunginya untuk menyalurkan sumbangan.

Guru ini aktif sebagai sukarelawan sejak PKP, Mac lalu.

“Saya bergerak bersama rakan-rakan guru dan kadang kala menyertai team NGO lain, antaranya team The 3rd Force (Thirdforce) di bawah Dr Raja Shamri Raja Husin.

“Apa yang boleh saya katakan, terlalu banyak kisah menginsafkan yang saya temui sepanjang terlibat sebagai sukarelawan. Bila kongsi kisah-kisah ini di laman sosial, secara tak langsung ia membuka peluang untuk orang lain sama-sama berkongsi rezeki.

“Dalam pada itu, saya terharu apabila ada juga yang menjadikan apa yang kami lakukan ini sebagai inspirasi. Saya ingin terus aktif selagi ada kudrat… walaupun penat, tapi bila lihat senyuman penduduk, ia satu kepuasan. Bagi saya, ia penat yang sungguh berbaloi,” katanya lagi.

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Guru Pikul Amanah Berat Selepas Kongsi Kisah Hiba 5 Beranak Jual Kelapa Terbiar, Tapi Semuanya Berubah Selepas Nampak Tudung Di Ampaian!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*