Ibu Tunggal 3 Anak Rayu Bantuan Makanan Kat Balai Polis, Mujur Tak Kena Halau ! – “Datang balai, dapat peti sejuk lagi”

KETIKA kita enak menikmati makanan lima kali sehari, tanpa kita sedari ada keluarga yang berlapar tanpa ada sedikit pun makanan untuk dijamah.

Lihat sahaja perkongsian para aktivis di media sosial, betapa sebenarnya ramai lagi keluarga yang dikategorikan sebagai miskin.

Ada yang terpaksa mencatu makanan, namun ada juga yang terpaksa meminta simpati orang lain, sebagaimana kisah seorang ibu tunggal yang dikongsikan oleh aktivis kebajikan, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang.

“Sedih… dia berani redah balai polis minta makanan. Suaminya sudah meninggal dan dia sudah kehilangan kerja kilang selama satu bulan. Ada tiga anak kecil berusia lima, empat dan tiga tahun. Emaknya tua, seorang pesakit yang kini berada di HKL.

“Kesian… pukul 10 malam dia masih tak makan dengan anak-anaknya. Perempuan India ini berani dan nekad pergi redah Balai Polis Sungai Buloh minta dibantu kerana dia yakin dan pasti balai polis boleh bantu.

“Nak call JKM dah tutup ofis. Call Talian Nur? Bukan boleh hantar makanan on the spot. Anak-anak kecil menangis di rumah. Nasib baik polis ada nombor telefon kita. Pegawai polis call saya untuk pergi ke balai polis dan bantu,” tulis Uncle Kentang pada satu posting di Facebook.

Uncle Kentang bergegas ke balai polis selepas dimaklumkan mengenai kes seorang ibu tunggal yang meminta bantuan makanan.

Cerita Uncle Kentang, tanpa berlengah dia segera menuju ke Balai Polis Sungai Buloh untuk membantu ibu tunggal berkenaan.

Sebak mendengar kisah ibu kepada tiga anak yang masih kecil itu, Uncle Kentang bukan sahaja menghulurkan bantuan berupa wang tunai, malah mahu membelikan sebuah peti sejuk untuk wanita tersebut demi kemudahannya sekeluarga.

“Pakai selipar ke balai. Bawa duit selesaikan kelaparan. Kita ‘kawtim’ semalam on the spot. RM500 diberi. Saya tanya rumah ada apa. Apa pun tak ada. Tak apa nanti saya bagi peti sejuk.

“Kerana ia penting untuk simpan ubat insulin mak. Simpan ubat bukan simpan sayur. Senyum dia. Datang balai polis, dapat peti sejuk. Akan kita belikan hari ini (Selasa). Besok PKP,” cerita aktivis kebajikan itu lagi.

“Tabik pada abang-abang polis semua yang boleh mengarahkan wanita itu tinggalkan balai polis tapi tak sampai hati, lantas hubungi kita.”

UNCLE KENTANG

AKTIVIS KEBAJIKAN

Dalam perkongsian tersebut juga Uncle Kentang turut memuji tindakan pegawai polis di balai berkenaan kerana ‘menyelamatkan’ tiga kanak-kanak kecil yang sedang kelaparan.

“Tabik pada abang-abang polis semua yang boleh mengarahkan wanita itu tinggalkan balai polis tapi tak sampai hati, lantas hubungi kita. Semoga kamu semua dirahmati Tuhan.

“Tahniah kerana kamu menyelamatkan tiga anak kecil yang dalam kelaparan. Walaupun ia bukan skop tugas hakiki polis, kamu telah pamerkan nilai agama dan mutu perkhidmatan yang tinggi dan cemerlang. Nanti kita bagi surat penghargaan dari Uncle Kentang,” katanya lagi.

Sehingga kini posting tersebut meraih lebih 100 perkongsian di Facebook selain dibanjiri ratusan komen netizen.

Uncle Kentang sangat dikenali kerana menyediakan bantuan khusus buat keluarga yang kurang berkemampuan dalam urusan penghantaran jen/azah.

Ada di antara mereka menyifatkan wanita itu melakukan tindakan yang betul dan tidak mencvri walaupun sungguh terdesak.

“Itulah yang terbaik. Susah macam mana pun, pergilah minta bantuan dekat mana-mana pun dengan cara baik. InsyaAllah akan ada orang yang akan bantu. Jangan mer0mpak, r4gvt atau buat benda-benda yang tak elok kan,” komen seorang netizen.

“Ini baru betul caranya, bukan pregi mencvri atau minta sedekah. Pergi balai insyaAllah ada jalan penyelesaian,” komen seorang netizen lain.

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ibu Tunggal 3 Anak Rayu Bantuan Makanan Kat Balai Polis, Mujur Tak Kena Halau ! – “Datang balai, dapat peti sejuk lagi”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*