Artis Viral

Sajat Alami Depresi Selepas Mengaku Tukar Jantina – “Aku Dah Perempuan… Kemalvanku, Tubuhku, Adakah Solat Aku Sah?”

SELEPAS membuat pengakuan menukar jantina, usahawan kosmetik, Nur Sajat mengakui dia kini berdepan gangguan emosi kerana mengubah ciptaan Allah daripada lelaki kepada rupa paras wanita.

Ujar Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamarzzaman, dia mula mengalami masalah kekeliruan identiti dan beranggapan jiwanya terperangkap dalam tubuh yang salah.

“Wahai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman… walaupun kau tu ID (MyKad) lelaki tetapi anggota badan wanita. Kau tetap lelaki, lelaki berdasarkan ID tetapi cara hidup kau semua adalah wanita!

“Aku dah perempuan… kemaluan aku, tubuhku, cara hidupku semua perempuan. Aku manusia tak sempurna, aku cacat pemikiran, cacat jiwa, cacat naluri!

“Aku cuba kawal, cuba berubah, tetapi cacat ini terus kekal. Rupa-rupanya cacat dalaman lagi kuat tamparannya, ” tulisnya menerusi Instagram pada Rabu.

Sajat tulis luahan hati di Instagram.

Bersama tulisan pada kapsyen itu Sajat berkongsi gambar tangan menutup muka dengan tulisan ‘depresi – terpuruk rasa ingin mati’.

Selain itu pada posting sama Sajat yang sebelum ini menafikan dia dilahirkan sebagai lelaki membangkitkan persoalan sama ada ibadahnya selama ini diterima oleh Allah SWT atau tidak.

“Adakah solat aku sah? Ustaz kata… Sajat, Islam itu mudah, sesungguhnya bersolatlah cara selesa yang kamu rasa bagus untuk diri kamu, perlahan-lahan kenali Allah. Allah maha pengasih dan penyayang.

“Makin dekat aku dengan agama, makin sayang, makin cinta… makin aku bahagia dengan Allah!”

SAJAT

USAHAWAN KOSMETIK

“Apabila ustaz kata macam itu, hatiku kuat dengan agamaku. Makin dekat aku dengan agama, makin sayang, makin cinta… makin aku bahagia dengan Allah.

“Aku buat kerja sedekah, wakaf, bina pagar masjid, mimbar, tempat mandi jenazah, membayar zakat setiap bulan, bersedekah selalu tak kira agama dan sebagainya adalah cara aku nak tunjuk aku sayang Allah,” ujarnya.

Pada Rabu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan menjalankan siasatan terhadap Muhammad Sajjad baru-baru ini.

Sajat sebelum ini bersedekah dan buat amal kebajikan kerana Allah.

Jais berkata pihaknya juga mengambil maklum berhubung video tular yang dirakam Sajat ketika proses siasatan dilakukan pada 6 Januari lalu.

Sajat disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No 5 Tahun 1995.

“Ia berikutan tindakannya di Selangor dan beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuan dia (Sajat) pada tahun 2018 dan 2020,” demikian menurut kenyataan Jais.

Terdahulu, Sajat menerusi Instagram miliknya mendakwa Jais seperti melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan kepadanya ketika proses siasatan dijalankan di Ibu Pejabat Jais di Shah Alam.

Sajat timbulkan kontroversi berpakaian wanita ketika tunai umrah.

Sebelum ini Sajat turut menimbulkan kontroversi apabila berpakaian wanita ketika melakukan ibadah umrah di Makkah.

Dalam pada itu Islam melarang mana-mana kaum yang dilahirkan sebagai lelaki berubah menjadi wanita dan begitulah sebaliknya bagi perempuan menjadi lelaki.

Larangan itu disebut dalam sebuah hadis Rasulullah yang Sabda Baginda: Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki. – [HR Bukhari 5435].

Bagaimanapun Allah tetap mengampun umatnya yang bertaubat atas segala kesilapan dilakukan.

Ia disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Nabi SAW bersabda yang maksudnya; Sesungguhnya hamba, jika dia mengakui dosanya dan kemudian dia bertaubat, nescaya Allah SWT menerima taubatnya.

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *