Ini Sebabnya Satu Kampung Kat Kelantan Kena Beratur Ambik Ujian Covid-19.

Seluruh penduduk Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah, disarankan supaya menjalani ujian saringan Covid-19, hari ini, kerana dikhuatiri mempunyai risiko selepas beberapa penduduk di kampung berkenaan didapati positif.

Seorang penduduk mahu dikenali sebagai Khairul, 30-an, berkata, mereka diarahkan berbuat demikian hari ini dan ujian itu dibuat oleh petugas kesihatan di sebuah surau berdekatan.

“Saya difahamkan ujian ini disarankan oleh pihak berwajib selepas beberapa orang perantau yang pulang ke kampung ini didapati positif.

“Jadi hari ini penduduk secara sukarela tampil untuk buat ujian saringan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Sementara itu, penduduk berkenaan berkata mereka bimbang dengan penularan Covid-19 di kampung tersebut susulan ‘pembawa’ dikatakan berada di banyak lokasi sepanjang pulang ke kampung.

“Sebagai penduduk, semestinya menjadi kebimbangan dan penduduk mengambil tanggungjawab untuk jalani ujian saringan.

“Selain penduduk di sini, ada juga penduduk dari kampung berhampiran untuk turut sama lakukan ujian dan ada juga yang buat saringan lebih awal di klinik dan hospital,” katanya.

Terdahulu, viral gambar-gambar di media sosial yang menunjukkan penduduk kampung tersebut sedang menunggu giliran untuk melakukan ujian saringan.

Sebagai rekod Kelantan menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak dua minggu lalu dengan kes positif keseluruhan berjumlah 1,565.

 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Husin mengesahkan pihaknya menjalankan ujian saringan di Kampung Chedok.

Bagaimanapun katanya, tiada maklumat terperinci yang dapat dikongsikan buat masa ini.

Ujian dijalankan bermula jam 9 pagi dan selesai sekitar jam 4.30 petang.

 

Sumber :MK

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Ini Sebabnya Satu Kampung Kat Kelantan Kena Beratur Ambik Ujian Covid-19."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*