(Video) Ayah M4Vt Akibat COVID-19, Tindakan Warga MAEPS Tenangkan Adik Ini Menyentuh Hati Netizen

Adik Ini Telah DiKuarantin Seorg Diri Di MAEPS, Ayahnya Pula Disahkan Men1nggal Dvnia Krn COV19

Boleh dikatakan Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dapat digambarkan untuk adik ini yang juga salah seorang pesakit Cov19.

Bukan itu sahaja yang disahkan positif Cov19 dan jauh dengan keluarga kerana sedang kuarantin di Maeps Serdang, malah turut menerima perkhabaran menyedihkan apabila ayahnya juga telah disahkan telah meninggal dunia disebabkan oleh v1rus berkenaan.

Perkara itu didedahkan oleh salah seorang pesakit Cov19 di akaun TikTok @ayimmarley sendiri.

Dengan menulis di kapsyennya:

“Allahu, adik ni baru sahaja kehilangan ayahnya disebabkan Cov19. Semoga adik ni Tabah dan kuat.Mari sama sama kita sedekahkan Alfatihah”

Inalillahwainnalilahirojiun. Tidak dapat dibayangkan kalau kita berada di dalam situasi adik ini. Sudah jatuh, ditimpa tangga lagi.

Apabila melihat di dalam klip video berkenaan, pesakit-pesakit lain yang berada di pusat kuarantin lelaki itu dilihat turut menemankan adik tersebut untuk mengutip sumbangan buat arwh bapa dan keluarganya.

Tersentuh juga apabila melihat sendiri di klip video berkenaan para pesakit-pesakit yang lain cuba memberi semangat kepada adik tersebut.

Ternyata semangat brotherhood mereka itu amat kuat sekali.

Semoga adik ini terus diberi kekuatan dan diberi kudrat untuk berbakti kepada keluarganya. Moga roh ayahandanya dicucuri rahmat hendaknya..Ameen

Saksikan klip video berkenaan

Begitu Banyak Komen di twitter  dan diantaranya seperti berikut

@LadyRishh
Sedihnya tengok adik ni 🥺 teringat sepupu2 i yang baru hilang ayah dorang last week. Salam takziah untuk adik sekeluarga. Alfatihah ~ Semoga adik & ahli keluarga yang lain cepat sembuh ❤️ *sending hugs*

@bluespikyfruit
Budak tu memang tak menangis. Balik nanti bila habis kuarantin dia tengok baju ayah dia, kain pelikat, tempat ayah dia selalu makan, perkataan² ayah pakai masa bergurau, kedai kopi selalu sama² singgah, masa tu kat mana pun kalau teringat, menangis tetap menangis

Sementara itu, ada juga warganet lain berkongsi situasi lain yang berlaku terhadap si adik ini. Dakwa warganet ini, selain menangisi pemergian ayah buat selama-lamanya, si adik ini juga dipercayai perlu bertabah akan ujian kesihatan yang menimpa ibunya.

@dekyaa312
Aku dpat tahu mak adik ni pun dalam icu. Paru² berair + covid. Dgn akak dia dekat hall sbelah. Covid jugak. My heart Broken heartBroken heartBroken heart damnnn  Semoga adik ni terus kuat & Allah bgi ganjaran syurga yg tertinggi kat dia satu fmly

Tidak cukup dengan kutipan sumbangan, difahamkan warga MAEPS juga bersepakat menjalankan bacaan Yassin dan tahlil buat arwah ayahnya.

Apa yang membuatkan kita rasa ‘tersentuh’ ialah nilai kemanusiaan yang dizahirkan oleh mereka di sana.

Mereka sanggup meluangkan masa sebentar cuma untuk membacakan ayat suci Al-Quran sebagai ‘sedekah’ buat arwah, walaupun mereka sendiri sedang menderita melawan sakit.

Sumber : TikTok @ayimmarley /hotfm

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "(Video) Ayah M4Vt Akibat COVID-19, Tindakan Warga MAEPS Tenangkan Adik Ini Menyentuh Hati Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*