‘Nak Pergi Kubur Mama, Saya Rindu Mama’ Kata Budak Perempuan 8 Tahun

Kuala Lumpur: “Saya nak pergi kubur mama, saya rindu mama saya,” demikian jawapan seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui Shahrul Syaffiq Mohd Sallleh di Tanah Perkuburan Islam Politeknik Kok Lanas dekat Kota Bharu, Kelantan.

Kisah itu dikongsikan Shahrul Syaffiq, 25, menerusi hantaran di Facebook (FB) miliknya, kelmarin.

Kisah Sedih

Perkongsiannya meruntun hati warganet dengan rata-ratanya mendoakan kanak-kanak itu tabah dengan pemergian ibunya.

Menceritakan kisah itu, Shahrul Syaffiq berkata, dia bertemu kanak-kanak perempuan itu secara kebetulan kira-kira 9 malam ketika berada di sebuah kedai tidak jauh dari tanah perkuburan berkenaan.

“Ketika itu, saya berada bersama dengan bapa saudara dan sepupu, kemudiannya ternampak seperti cahaya lampu dan kelibat orang masuk sebelum keluar daripada tanah perkuburan berkenaan.

“Kami pun pergi ke situ untuk melihat apa yang berlaku sebelum menemui tiga kanak-kanak perempuan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bagi mendapat kepastian, Shahrul Syaffiq mengajukan pertanyaan bagi mengetahui tujuan mereka ke situ sebelum seorangnya daripadanya menjawab mahu menziarahi kubur ibunya yang baru meninggal dunia.

‘Nak Pergi Kubur Mama, Saya Rindu Mama’

“Jawapannya itu membuatkan saya hilang kata-kata kerana melihat kesungguhan mereka ke tanah perkuburan berkenaan pada malam hari.

“Kawasan tanah perkuburan itu agak gelap, namun kebetulan bapa saudara yang bertugas menjaga kebajikan kubur dan kami membantunya.

“Hampir 45 minit juga dia berada di situ sambil mengusap dan mencium tanah kubur selain meluahkan perasaannya sebelum sepupu saya menghantarnya pulang ke rumah.

“Jujurnya, saya sebak ketika mendengar luahan adik itu dan sekadar berkongsi kisah itu untuk menceritakan pengalaman dengan rakan di FB,” katanya.

Penjelasan Ayah Kepada Budak Perempuan Itu

Sementara itu, Ahmad Fakrur Ruzi Aziz, 33, bapa kepada kanak-kanak terbabit berkata, kanak-kanak perempuan itu adalah anak sulungnya, Qairina Ameena berusia lapan tahun.

Menurutnya, dia tidak menyedari Qairina pergi ke tanah perkuburan itu bersama sepupu dan anak rakannya kerana sedang melakukan bacaan tahlil di surau berhampiran rumah mentuanya.

“Selesai bacaan tahlil di surau, saya mencari Qairina tetapi tidak menemuinya dan ketika itu baru sedar kehilangannya .

“Tidak lama itu, seorang lelaki menghantarnya ke rumah dan mulanya saya mahu memarahi Qairina kerana menyangka dia merayau pada waktu malam.

“Saya tidak jadi marah sebaliknya hati saya sebak apabila dia memberitahu ke kubur ibunya kerana terlalu rindu,” katanya.

Menurut Ahmad Fakrur, isterinya, Nasuha Sulaiman, 33, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada Selasa lalu.

“Arw4h isteri meninggal dunia empat hari selepas melahirkan bayi lelaki iaitu anak ketiga kami dan memang mengejutkan kerana dia tidak sakit sebaliknya mengalami sesak nafas dengan tiba-tiba.

“Diikutkan, arw4h lebih rapat dengan anak kedua kami, Adam Mikael tetapi Qairina banyak membantunya.

“Memang sedih kerana selama ini, isteri banyak membantu saya menjalankan perniagaan mee celup di Bangi, Selangor.

“Allah lebih menyayanginya dan saya bersyukur apabila ramai mendoakan arwah isteri selepas kisah anak tular di media sosial dan menganggap itu rezekinya selepas meninggal dunia walaupun dia bukan individu berpengaruh,” katanya.

 

Sumber : HarianMetro

 

Apa Pendapat Anda? Sayangilah orang tua kita selagi dia masih ada…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*