
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir mempersoalkan apakah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP 2.0).
Ini selepas menteri berkenaan didapati menghadiri satu majlis perjumpaan baru-baru ini.
Menerusi Twitter, ketua Pemuda PKR (AMK) itu berkongsi gambar Azmin yang duduk di meja bersama lima individu lain.
Gambar itu dipercayai dirakam dalam satu majlis di Pengerang, Johor.
Azmin dan individu lain dalam foto itu dilihat sedang membaca sesuatu dengan bungkusan makanan dan air mineral dihidangkan di atas meja.
“Khabarnya ada makan-makan di Pengerang?
“Bukankah PKP rakyat biasa nak makan di kedai pun tak boleh?
“Adakah sebab menteri (maka dibolehkan)?” tulis Akmal.
Malaysiakini telah menghubungi pembantu Azmin dan sedang menunggu maklum balas daripada pihak menteri berkenaan.
Sebelum ini Bernama melaporkan Azmin menghadiri majlis gotong royong membersihkan masjid di Kampung Bukit Raja Darat, Sungai Rengit, Pengerang.
Dia juga dilaporkan mengumumkan peruntukan kecemasan sebanyak RM100,000 untuk penyelenggaraan sistem perparitan di Pengerang, yang dikatakan menjadi punca banjir awal bulan ini.
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply