
Kepada yang lahir sekitar 90-an pasti mengenali watak Mak Lampir melalui drama bersiri Misteri Gunung Merapi. Rupa parasnya berwarna hijau yang menjadi igauan ngeri zaman kanak – kanak.
PELAKON dari negara jiran Indonesia, Farida Pasha yang memegang watak Mak Lampir dalam drama popular Misteri Gunung Merapi dilaporkan telah menInggal dunia semalam.
Perkara itu dimaklumkan oleh cucunya, Ify Alyssa yang juga merupakan seorang penyanyi menerusi laman Instagram.
View this post on Instagram
“Telah pulang ke Rahmatullah Ibunda/Nenek kami tercinta Hjh Farida Pasha binti Ali Husen pada hari Sabtu, 16 Januari 2021 jam 19:35 WIB,”
“Atas segala kekhilafan beliau semasa hidupnya, kami mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya.”
“Terima kasih atas segala bentuk perhatian, dukungan dan doa yang telah disampaikan selama beliau s4kit hingga saat terakhirnya,” tulis Ify Alyssa.
Nama Mak Lampir lakonan Farida terkenal di seluruh Indonesia, dan sangat dekat di kalangan peminat dari Malaysia kerana suatu masa dahulu VCD filem Mak Lampir dijual secara meluas di negara ini.
Selain itu nama ‘Mak Lampir’ turut disebut-sebut sampai ke hari ini dalam dunia politik Malaysia kerana ada salah seorang ahli politik yang juga menteri kerajaan digelar dengan panggilan “Mak Lampir”
Difahamkan watak Mak Lampir berasal dari nama lagenda popular di Indonesia, atau nama sebenarnya Siti Lampir Maimunah, yang merupakan puteri kerajaan kuno Champa sekitar tahun 1800 an.
Siti Lampir Maimunah dikatakan berguru dengan Nenek Serintil yang handal menguasai ilmu sihir dan mempunyai kesaktian luar biasa.
Semasa hayatnya Farida turut membintangi pelbagai filem dan rancangan televisyen. Antaranya, Guna-guna Istri Muda, Nenek Grondong, Gondoruwo dan lain-lain.
JAKARTA, KOMPAS.com- Kabar duka kembali menyelimuti industri hiburan Tanah Air, di mana sang pemeran ikonik Mak Lampir, Farida Pasha meninggal dunia pada Sabtu (16/1/2021).
Kabar meninggalnya Farida Pasha sebelumnya telah disampaikan oleh penyanyi Ify Alyssa yang merupakan cucu Farida.
“Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Telah berpulang ke Rahmatullah Ibunda/Nenek kami tercinta Hj Farida Pasha binti Ali Husen,”
Ify
Sementara itu, berkait penyebab meninggalnya Farida Pasha lantaran terpapar corona atau c0vid19. Hal langsung disampaikan Delaz selaku media relationship pihak Ify. “Ibu Farida terkena covid,” tulis Delaz via pesan singkat kepada Kompas.com, Minggu.
Selebihnya mengenai pemakaman dan rumah dari mendiang Farida Pasha, pihak keluarga tak bersedia memberitahukannya. “Untuk rumah almarhum dan pemakaman pihak keluarga belum memberikan info dulu,” tambah Delaz. Farida Pasha lahir di Tasikmalaya 68 tahun lalu.
Sumber : mykmu.net / Kompas
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply