Hari Jadi Arwah Abam ke-33, Achey Sedih Tak Dapat Ziarah Kubur – “Kalau Covid-19 Takda Aku Rasa Tiap2 Hari Peminat Datang ‘rumah’ Kau”

HAMPIR setahun pemergian Allahyarham Abam masih lagi dirasai semua lebih-lebih lagi buat ahli kumpulan Bocey sendiri iaitu Achey dan Fad.

Sempena mengenang ulang tahun kelahiran ke-33 Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada Selasa, Achey berkongsi luahan hati terhadap sahabat baiknya itu.

Menurut Achey atau Mohd Nasir Hamzah, situasi negara yang kini dihambat dengan pandemik Covid-19 menyebabkan dia tidak dapat menziarahi pusara Abam seperti kebiasaan sebelum ini.

Achey meluahkan rasa rindunya pada Abam.

“Kalau wabak Covid-19 ini tak ada Bam, aku rasa tiap-tiap hari peminat datang jenguk ‘rumah’ (pusara) kau, tapi kau rasa mereka sayang kau mesti doakan punya. Tak kiralah datang tak datang kan?

“‘Rumah’ kau makin cantik. Hari itu aku, Fad dan Sya (isteri Fad) dapatlah singgah sekejap sebelum PKP semula,” katanya.

“Sekarang kalau dapat ruang jumpa Fad benda lain takda (borak), mesti borak pasal kau.”

ACHEY

PELAWAK

Meskipun hampir genap setahun Abam meninggal dunia, Achey berkata dia dan Fad tidak pernah melupakan kenangan mereka bersama lebih-lebih sepanjang terlibat dalam dunia hiburan.

“Sekarang kalau dapat ruang jumpa Fad benda lain takda (borak), mesti borak pasal kau.

Allahyarham Abam bersama isteri dan anak tunggalnya.

“Lepas tu gelak berdua memikirkan punchline-punchline yang kita buat tak jadi…Fad, kau mesti dapat bayang muka dia (Abam) malu-malu bila kita bawa kek,” ujarnya.

Abam meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari tahun lalu di kediamannya di Gombak, Selangor.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia dua tahun.

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*