Terkini ! Dr Ali Meninggal Bukan Sebab Terlampau Penat Dan Ini Penjelasan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan bahawa Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia akibat terlampau penat dengan beban tugas.

Sebaliknya kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Sinar Harian, doktor itu mempunyai penyakit  lain. “Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Terdahulu Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di laman Facebook lewat malam Selasa melaporkan Dr Ali jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

 

Sumber : SinarHarian

 

Artikel Terdahulu

Tumbangnya Seorang Wira Bangsa, Gambar Akibat Keletihan Doktor Rawat Pesakit Covid-19 Meninggal Dunia Sempat Dirakam

CYBERJAYA – Seorang petugas barisan hadapan meninggal dunia selepas beberapa hari dirawat di hospital selepas pengsan ketika bertugas melawan Covid-19.

Berdasar satu perkongsian oleh Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Allahyarham Dr Ali Noor Hassan yang juga ahli skuad tersebut meninggal dunia akibat keletihan.

“Sebelum meninggal dunia, rakannya sempat merakamkan gambar terakhir beliau yang sangat keletihan.

“Beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan Kementerian Kesihatan menangani Covid-19. Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya.

Menurut SPRM lagi, selain bertugas sebagai doktor perubatan, Allahyarham juga aktif dalam kerja-kerja dakwah dan pernah menyertai perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak.

“Sekali lagi SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah selepas pemergian Pengerusi SPJM Kedah, Allahyarham Habibullah pada Jumaat lepas.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” ujarnya.-MT

Kes positif Covid-19 dijangka menurun dua minggu lagi

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes baharu positif Covid-19 akan menurun dalam tempoh dua minggu lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif Covid-19 meningkat ketika ini disebabkan jangkitan dalam tempoh dua minggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.

Katanya, kadar kebolehjangkitan atau R naught (RO) kini adalah 1.2 dan jangkaan kes menurun selepas RO menurun kepada 1.1.

“Kalau lihat unjuran kita jangka minggu ketiga Februari akan mendapat kes harian sebanyak 5,000 kes manakala minggu ketiga Mac 8,000 kes.

“Kes laporkan hari ini kerana lendesahan virus dalam tempoh 14 hari. Impak PKP kali ini akan dilihat dalam tempoh dua minggu kes penurunan kes,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, KKM juga akan membuat penilaian lanjut sama ada PKP 2.0 akan dilanjutkan lagi selepas tempoh dua minggu tamat 26 Januari ini.

Katanya, sektor ekonomi yang dibuka dalam PKP 2.0 juga akan dinilai agar seimbang dan berkemungkinan ia lebih ketat berbanding sebelum ini.

Sumber Hmetro

 

Apa Pendapat Anda? Kita doakan semoga arwah dicucuri rahmat dan di tempat kan bersama orang2 yang beriman.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*