Video – Abang Hero 0KU, Sanggup Mengesot Untuk Selamatkan Anak Kucing Yang Jatuh Dalam Parit.

Lelaki 0KU Berkerusi Roda Sela matkan Kucing Dalam Longkang. Dalam keadaan terbatas dan serba kekurangan, aksi seorang lelaki kelainan upaya (0KU) berkerusi roda yang menyela matkan kucing di dalam longkang cukup meruntun hati ne tizen.

Menerusi video berdurasi dua minit lima saat itu, sikap prihatin Abu Fathiyyaturahma menerima pujian ramai.

Malah, video yang dimuat naik menerusi laman Fesbuk miliknya tidak lama dahulu kini menerima lebih 300,000 tontonan.

“Pagi tadi masa dalam perjalanan pergi kompleks sukan Likas kami ternampak seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang besar sedang berpaut kuat di dinding lokang dengan basah kuyup entah dari bila lagi dia di situ.

“Saya pun cuba naikkan kucing tu ke atas, Alhamdulillah kami dapat bantu dia naik,” tulisnya di Fesbuk sehingga kini menerima 2,500 tanda suka.

‘Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.’ – NE TIZEN

Menurut Abu Fathiyyaturahma lagi, video berkenaan dirakam oleh sahabatnya yang juga seorang 0KU.

“Sahabat saya yang merakam video ni juga seorang 0KU pengguna kaki palsu.

“Dia tidak boleh turun untuk sela matkan anak kucing tu jadi saya buat keputusan untuk turun sela matkan anak kucing tu,” katanya lagi.

Selain dikongsi lebih 1,700 pelayar Fesbuk, posting itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Malah, ia turut dimuat naik semula ke beberapa halaman Facebook lain sehingga menjadi perbualan ramai.

VIDEO:

Rata-rata netizen memuji sikap Abu Fathiyyaturahma dan menyifatkan lelaki itu sebagai pencinta haiwan sebenar.

“Terima kasih. Anda seoang insan yang hebat. Walaupun 0KU. Hati anda mulia tanpa mengira kepayahan demi menyela matkan makhluk Allah yang lain.

“Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.

“Terbaik… Kekurangan diri bukan penghalang meneruskan kebaikan kepada manusia mahupun haiwan,” tulis beberapa netizen.

Be the first to comment on "Video – Abang Hero 0KU, Sanggup Mengesot Untuk Selamatkan Anak Kucing Yang Jatuh Dalam Parit."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*