Aksi Mesra Dikendong Kekasih Dikritik, Janna Nick Sindir Netizen Suka Komen neg4tif – “Setakat K3cam Kat Sosial Media Apalah Sangat”

SEKALI lagi nama Janna Nick menjadi perhatian di laman sosial disebabkan perkongsion video TikTok yang memperlihatkan aksi aktres itu didukung oleh teman lelakinya yang juga pelakon Dini Azan Schatzmann.

Perkongsian video tersebut di laman Instagram miliknya baru-baru ini mengundang kecaman dan teguran daripada netizen yang menganggap aksi mesra itu keterlaluan dan kurang sopan.

Enggan berdiam diri, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkongsi foto dirinya dengan kapsyen mengatakan dia sudah lali dengan kecaman di laman sosial.

Janna membalas salah satu komen daripada netizen.

“Lu ingat gua kisah ke lu kecam kecam gua… setakat kecam dekat sosial media ni apalah sangat. Banyak lagi dugaan lagi teruk daripada kena kecam dengan ‘jin masuth’. Janna 1: Netizen 0,” tulis Janna.

Kapsyen yang ditulis Janna itu juga membuatkan segelintir netizen berasa kurang senang dan menganggap aktres tersebut tidak kisah dikecam kerana berasakan dirinya kini sudah berada di puncak kejayaan.

Dalam pada itu, Janna menjelaskan dia menulis kapsyen seperti itu bukan disebabkan mahu berlagak namun baginya ada perbezaan antara kecam dan nasihat.

“Kapsyen aku untuk netizen yang tak cukup gembira lepas itu negatif tak tentu fasal.”

JANNA NICK

PELAKON

“Macam ini… kau tegur elok-elok, lepas itu tak payah paksa orang terima pendapat kau. Bukan masalah siapa atas siapa bawah. Nak berlagak apanya kita ini manusia biasa.

“Sama-sama buat salah… sama-sama ada dosa. Kapsyen aku untuk netizen yang tak cukup gembira lepas itu negatif tak tentu fasal. Istilah kecam ini bukan untuk orang yang tegur elok-elok. Kalau yang tegur elok kita panggil nasihat,” katanya.

Sebelum ini, pelakon drama bersiri Misteri Mona ini bertikam lidah dengan netizen di laman Twitter gara-gara memberi pendapat mengenai kepentingan penapisan filem.

Janna bersama teman lelakinya, Dini.

Perbalahan tersebut tercetus selepas pelakon berusia 26 tahun itu menyalahkan filem The Purge sebagai punca serangan penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bangunan Capitol.

Namun, segelintir pengguna Twitter yang tidak senang dengan pendapat itu menganggap garis panduan yang ditetapkan kerajaan menjadi punca Filem Malaysia tidak berkembang.

Pertikaman lidah berlanjutan selepas Janna membalas beberapa komen netizen dengan bahasa yang mencetuskan provokasi.

 

Artikel sebelum Ini Video Mesra Janna Dengan Teman Lelakinya…..

Apabila seseorang dilamun cinta bahagia dengan pasangan kekasih, pasti akan terpancar ‘cahaya’ kebahagiaan melalui riak wajah mereka, betul ke? Semuanya indah dan manis belaka.

Begitulah dirasai pelakon Nurul Jannah Muner atau lebih mesra digelar Janna Nick yang ‘dibuai’ cinta dengan teman lelakinya, jejaka kacukan Melayu-Switzerland iaitu Dini Azan Schatzmann.

Pelakon berusia 26 tahun itu tidak segan berkongsi hubungan percintaannya di laman sosial dimana sering memuat naik gambar mereka berdua untuk tatapan umum.

Bagaimanapun baru-baru ini, tindakan Janna yang membuat video TikTok bersama kekasihnya itu di laman Instagram meraih perhatian warganet.

Apa membuatkan warganet kecoh adalah apabila aksinya ‘didukung’ oleh teman lelaki dalam video tersebut yang dianggap keterlaluan dan kurang sopan oleh segelintir pengikutnya di Instagram.

“Please enjoy being single ok!,” tulis Janna ditujukan kepada Dini di ruangan kapsyen.

Mungkin niat Janna hanya sekadar suka-suka dan ingin menghiburkan peminat, namun begitu warganet menganggap tindakannya itu satu perbuatan yang kurang sopan apatah lagi kedua-duanya belum mempunyai ikatan halal.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menegur dan ‘menyekolahkan’ aktres drama Misteri Mona itu dengan pendapat mereka.

Peluk pegang sesuka hati

Cemburu pun tak guna sebab tak halal lagi

Bukan mahram boleh berpeluk ye

Tak manis walaupun untuk hiburan

Dalam pada itu, Janna turut memuat naik sekeping gambar bersama teman lelakinya dengan menulis tarikh ‘istimewa’ 2.2.2021 di ruangan kapsyen.

Justeru pelbagai spekulasi dibuat oleh warganet, adakah dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Dini? Jom kita nantikan. Sementara itu, doakanlah yang terbaik untuk mereka.

Video,

Sumber: Instagram Janna Nick

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*