
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap pengacara sensasi, Azwan Ali kerana dipercayai memperlekehkan proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan dilakukan selepas polis menerima laporan mengenai klip video Azwan Ali.
Menurutnya, rakaman video berdurasi 41 saat ditularkan pemilik akaun Facebook Zai Mikail pada 12 Januari lalu.
“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Azwan dipanggil ke Pejabat USJT Bukit Aman bagi membantu siasatan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Huzir berkata, siasatan akan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang memuat naik dan menularkan klip video berkenaan.
Katanya, PDRM menggesa orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta mengganggu gugat keharmonian negara.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap individu yang sengaja mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.
VIDEO YANG TULAR
Sumber : HMETRO
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply