Tular Video Kegiatan Jvdi Di MAEPS Dan Ini Tindakan Polis

Tular di media sosial beberapa hari lepas konon wujud aktiviti jvdi di sebuah dewan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

SEPANG: Polis membuka kertas inkuiri bagi menyiasat dakwaan berlaku aktiviti jvdi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kertas inkuiri itu dibuka selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang anggota yang bertugas di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda, Sepang hari ini.

“Kertas inkuiri ini dibuka bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut (mengenai kejadian itu) selain untuk pemantapan pemeriksaan pesakit di MAEPS,” katanya.

“Kita masih menunggu arahan Bukit Aman untuk mengklasifikasikan kes di bawah seksyen bersesuaian,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial menunjukkan aktiviti segelintir pesakit Covid-19 berkumpul bermain daun terup hingga mengundang kecaman netizen.

Berdasarkan rakaman video tersebut, tiada wang diletakkan bersama, namun kelihatan paket makanan seperti biskut dan mi segera dipercayai dijadikan sebagai barang pertaruhan.

Setakat Khamis, video itu telah mendapat perkongsian hampir 1,000 selain lebih 300 reaksi daripada pengguna Facebook.

Video Yang Tular Diperkatakan

Sumber : Info Roadblock JPJ/POLIS

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tular Video Kegiatan Jvdi Di MAEPS Dan Ini Tindakan Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*