“PKP ke tak ni oii?” – Tindakan Kongsi Gambar Suasana Di Gudang Perabut Macam Kata Diri Sendiri… Dia Pun Bersesak Sama!

MENGATA dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk mengambarkan sikap individu ini yang seolah-olah mencari kesalahan orang lain, sedangkan dia turut melakukan perkara sama.

Terbaharu, tular paparan skrin status WhatsApp individu itu yang memuat naik foto pelanggan di sebuah gedung perabot terkenal.

Artikel Lawak : Svspek Rupanya Memang “Menatang”

Menerusi kapsyen, dia mempersoalkan situasi itu yang kelihatan seperti bukan dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“PKP ke tak ni oii?” soalnya sambil meletakkan satu emoji ketawa.

Posting asal status WhatsApp berkenaan.

Paparan skrin status WhatsApp itu kemudiannya ditularkan ke Twitter sehingga menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet).

“Pergi I**a, up gambar tayang makhluk ramai ya ampun, lepas tu persoalkan PKP ke tak ni oii?

“Kan! Patut dia tanya diri dia semula soalan tu.”

NETIZEN

“Eh buntal, kau tak kira makhluk ke menyemak kat I**a tu?” soal @fazrulazreen menerusi Twitter.

Rata-rata netizen turut mempersoalkan tindakan idividu itu yang dianggap tiada beza dengan pelanggan lain yang berkunjung ke sana.

Status WhatsApp itu tular selepas dikongsi seorang individu menerusi Twitter.

Malah kata netizen, melihat kepada situasi itu, maka tidak hairan jika kes Covid-19 di negara ini meningkat saban hari.

“Agak pelik sekali. Orang yang ambil gambar ni mengadu ramai kat I**a walaupun PKP. Tapi apa yang dia sendiri buat kat sana waktu PKP?

Netizen di Twitter luah rasa bimbang ekoran peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

“Agaknya dia seorang je ada urusan penting dekat I**a. Orang lain yang ramai-ramai tu pergi tanpa sebab.

“Salahkan I**a kenapa? Salahkan diri sendiri yang gigih pergi sana jalan-jalan. Sedangkan dah cakap stay at home.

“Kan! Patut dia tanya diri dia semula soalan tu,” tulis beberapa netizen.

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“PKP ke tak ni oii?” – Tindakan Kongsi Gambar Suasana Di Gudang Perabut Macam Kata Diri Sendiri… Dia Pun Bersesak Sama!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*