
PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaan PKP.
Sehubungan itu, katanya, PKP yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini akan disambung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“PKP pada asalnya dijadual untuk dilaksanakan dalam tempoh dua minggu (sejak 13 Januari lalu) dan kesan pendekatan ini memerlukan masa.
“Justeru, kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana beri kesan terhadap ekonomi. Kita kena seimbangkan kepentingan ekonomi dan kesihatan.
“Justeru, kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana beri kesan terhadap ekonomi. Kita kena seimbangkan kepentingan ekonomi dan kesihatan.
“Kalau kita laksanakan PKP selama empat minggu, sampai awal Februari, ia kemudian disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang.
“Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei, kita akan dapat turunkan kes (kadar jangkitan harian) kembali ke dua angka,” katanya pada sesi taklimat bersama media yang diadakan secara dalam talian, hari ini.
Hari ini Malaysia rekod 3,048 kes baharu Covid-19, pertambahan 11 lagi kematian.
PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,048 kes baharu, menjadikan keseluruhan 186,849 kes setakat Isnin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 41,076 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Beliau berkata, negeri Selangor pada Isnin melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,035 kes, diikuti Johor, 529 kes dan Sabah sebanyak 348 kes.
Selangor kekal catat jangkitan tertinggi… Malaysia rekod 3,346 kes baharu Covid-19,11 lagi kematian
“Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 11 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.
“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 689 kes,” katanya dalam satu kenyataan, petang Isnin.
Beliau berkata, sebanyak 3,638 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 145,084 kes.
“Sehingga kini, terdapat 261 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 101 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 13 kluster baharu akibat Covid-19 dikesan pada Isnin.
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply