Bayaran Interim i-Sinar Kategori 2 Sehingga RM1000 Telah Dikreditkan

Sejak malam tadi Niaga Kini telah dimaklumkan dalam beberapa perkongsian mengenai pembayaran interim i-sinar RM1000 yang telah dikreditkan ke dalam akaun pemohon bagi kategori 2.

Seperti yang anda ketahui ai adalah Pakej Bantuan Khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri di mana ahli perlu membuat pengisytiharan kendiri mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas serta telah memuat naik dokumen sokongan secara dalam talian.

Interim i-Sinar KWSP

Bayaran interim adalah sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar Kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh KWSP.

Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan dan keperluan mendesak ahli terutamanya mereka yang terkesan dengan cabaran pandemik COVID-19 dan bencana alam di beberapa negeri.

[BACA: Cara Mudah Permohonan Dan Muatnaik Dokumen Sokongan I-Sinar KWSP Kategori 2]

interim isinar

Menurut laporan Harian Post, sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar dan tidak disokong dengan dokumen pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas yang sahih, KWSP akan menghentikan pembayaran seterusnya.

[BACA: TEKUN: Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Usahawan Terjejas Banjir]

interim isinar

Siapa Yang Boleh Memohon Interim iSinar?

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Kategori 2 ini adalah untuk Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (ini termasuklah jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Jumlah Bayaran Interim i-Sinar

Jumlah pembayaran interim adalah sehingga RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dipohon (tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 Ahli).

Tarikh Bayaran Interim iSinar

Pembayaran interim ini akan dibayar bermula 26 Januari 2021.

Bagi Ahli yang baru memohon i-Sinar dibawah Kategori 2, bayaran interim ini akan dibayar dalam masa TUJUH (7) hari dari tarikh permohonan dibuat.

[BACA: Bantuan RM600 Setiap Pekerja, Ini Cara Permohonan & Semakan Subsidi Upah 3.0]

CONTOH SITUASI 2: Ali

Ahli mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30%. Baki Akaun 1 Ali hanya RM800 dan boleh mengeluarkan RM700*.

Jadual pembayaran bagi permohonan Ali adalah seperti berikut:

Cara Semakan Status

Anda boleh menyemak status permohonan i-Sinar anda melalui laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

  1. i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan; atau
  2. i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran; atau

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

[BACA: Cara Permohonan Beroperasi Syarikat Dalam Tempoh PKP 2021]

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*