Foto Rider Foodpanda Solat Tepi Jalan Buat Netizen Tersentuh

Sebagai umat Islam, semua sudah maklum bahawa solat itu adalah tiang agama. Ia diwajibkan sebagai amalan fardhu sebanyak 5 kali bagi setiap hari.

Solat itu juga merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah, diikuti puasa di bulan Ramadan, membayar zakat serta mengerjakan haji bagi yang mampu.

Ketika musim pandemik COVID-19 kini, banyak negara terpaksa menutup masjid bagi mengekang penularan virus, maka langkah alternatif yang terpaksa diambil adalah solat di rumah sahaja, sama ada berjemaah bersama keluarga mahupun bersendirian.

Namun baru-baru ini, tular atau viral di media sosial beberapa foto seorang penghantar makanan Foodpanda yang sedang solat di tepi jalan.


Difahamkan, kejadian tersebut dilaporkan dirakam di sebuah lokasi di Filipina.

Foto-foto tersebut dikongsikan di laman Facebook Philippine Star dan tular dengan lebih 50,000 perkongsian.

Kapsyen bagi hantaran foto-foto tersebut tertulis seperti berikut:-

Penghantar makanan Muslim berhenti sebentar di bahu jalan di Jalan Zobel, bandar Manila untuk mendirikan solat fardhu.

Solat ialah rukun kedua dalam Islam, dilaksanakan sebanyak lima kali sehari dan diwajibkan ke atas semua Muslim.

Walaupun penat mencari rezeki di bawah panas terik mentari mahupun hujan lebat, lelaki itu tetap tegar menunaikan perintah wajib tersebut hatta terpaksa solat di tepi jalan sekalipun.

Rakaman foto itu benar-benar menyentuh hati warganet yang melihatnya.

Foto ini mendapat pelbagai maklum balas menarik daripada warganet, khususnya masyarakat Filipina sendiri.

Di Negara kita, Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pasukan polis dan tentera diberi tanggungjawab bagi melakukan kawalan serta rondaan di jalan raya.

Walaupun sibuk memantau pergerakan orang ramai, perkara itu bukan alasan untuk pasukan beruniform yang bertugas bagi menunaikan perintah sebagai hambaNya di atas muka bumi ini.

Sebaik sahaja waktu azan berkumandang, tidak lama selepas itu mereka bersiap sedia mengambil wuduk sebelum mengerjakan solat di tepi jalan secara bergilir-gilir dengan rakan setugas lain.

Menerusi gambar yang dikongsikan di Facebook, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor memaparkan beberapa pengguna jalan raya terpaksa solat di tepi jalan kerana surau sudah terlalu penuh.

Walau pun mendapat kecaman daripada sesetengah Netizen apabila tularnya gambar ini,

“Amalan yang akan dihisab pertama kali pada hari kiamat nanti adalah solat. Apabila solatnya baik, maka dia akan mendapatkan keberuntungan dan keselamatan. Apabila solatnya rosak, maka dia akan menyesal dan dalam kerugian.”

 

Apa Pendapat Anda? Min Harap Kita sama2 melakukan rukun islam yang kedua ini dengan sebaik mungkin…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Foto Rider Foodpanda Solat Tepi Jalan Buat Netizen Tersentuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*