
Sokong sangat cadangan nak berikan 150,000 laptop pada murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan itu yang sepatutnya, tetapi UEL dah siap dah agihkan beberapa ratus tab walau pun tak buat cadangan walau pun cadangan dari kerajaan dah lama kita dengar mahu sedia kan 150k laptop (sedih).
Memang itu patut sangat dibuat. Mereka perlukan peralatan asas untuk belajar melalui talian atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Masa Menteri Kewangan bentang bajet ada disebutkan projek perintis bagi 500 buah sekolah. Nampaknya kosnya RM150 juta untuk 150,000 laptop. Betulkah begitu?
Cuma nak ingatkan apakah pemberian laptop cara terbaik? Untuk tujuan pembelajaran bukankah tablet macam i-Pad sudah memadai? Jikalau kosnya murah lebih banyak murid-murid yang dapat manfaat.
Sepatut diberikan laptop yang direka khas untuk tujuan pembelajaran. Tak perlu yang canggih dengan macam-macam Apps di dalamnya. Perlu juga diingatkan, biarlah laptop itu diedar secara betul. Sebaiknya disalurkan oleh pihak sekolah untuk tentukan siapa yang sebenarnya memerlukan.
Jangan main tabur sahaja ikut saluran politik. Jawabnya akan berlaku banyak kebocoran di tengah jalan.
Rakyat pun nak tahu mampukah Yayasan Hasanah di bawah Khazanah Nasional ini buat kerja itu. Apakah dibabitkan sekali syarikat bumiputera tolong bekal dan edar?
Baucar makanan cadangan baik
Sedih baca berita tentang seorang wanita yang terpaksa mencuri dari sebuah pasar raya di Petaling Jaya. Apa yang dicurinya ialah bahan makanan dan bahan untuk turunkan demam panas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal datang ke rumah wanita yang ada tiga anak itu. Tujuannya bukan nak menangkap tapi bawa bekalan makanan untuk keluarga itu.
Memang kita tak restu tindakan wanita itu. Kita pun tak mahu perbuatannya jadi ikutan. Macam kata Nik Ezanee dia tak buat gitu kalau tak terdesak, lebih-lebih lagi apabila anaknya demam dan dia tak ada duit.
Apa yang menimpa wanita itu banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Tapi tak terdesak sampai mencuri. Penangan wabak Covid-19 ini pada rakyat miskin amat teruk.
Tapikan ada yang tak kena daripada segi cara bantuan pada orang macam ini. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) patut lebih proaktif. Di mana perginya institusi zakat yang patut bantu asnaf? Memadaikah bantuan melalui PERMAI atau PRIHATIN?
Amat bersetuju cadangan baucar makanan oleh Tuk Seri Mohamad Hasan. Cara ini dah dibuat di negara maju. Food Stamp bukan duit tapi baucar untuk dapatkan bahan makanan di kedai runcit. Pendekatan ini lebih berkesan dari pada berikan duit kepada yang susah. Ada kalanya duit disalahgunakan untuk tujuan lain.
Sumber : SinarHarian
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply