Artis Viral

Suhaimi Saat bengang dituduh guna duit i-Sinar Ina Naim buat lagu – Ini Katanya Kepada Orang Tersebut

PERKONGSIAN penyanyi Suhaimi Saat mengenai dia bakal muncul dengan sebuah album nasyid bersama isterinya iaitu Ina Naim dan anak-anak mereka mengundang kritikan netizen.

Suhaimi menerusi laman Facebook miliknya berkongsi paparan skrin komen daripada individu yang mendakwa dia menggunakan wang daripada program i-Sinar milik isterinya untuk pembikinan lagu.

Malah, individu tersebut juga mengungkit kisah lama bekas anggota kumpulan nasyid Inteam itu yang tidak membenarkan anak-anak bersekolah.

“Yang ni nak tumpang glamour ke nak mintak surat saman?”

SUHAIMI SAAT

PENYANYI

“Guna duit i-Sinar bini buat lagu… dah la tak bagi anak-anak sekolah,” kata individu tersebut.

Suhami turut memuat naik paparan skrin akaun laman Facebook berserta foto profile individu tersebut di laman sosial miliknya.

Enggan melatah, Suhaimi memberi amaran kepada individu tersebut yang dianggap ingin menumpang popularitinya.

“Yang ni nak tumpang glamour ke nak mintak surat saman?”

“Aku pun ada KWSP, royalti, bisnes dan duit upah urut… walaupun” tulisnya.

Suhaimi kongsi paparan skrin mesej individu tersebut.

Sebelum ini, penyanyi berusia 41 tahun itu memberitahu dia kini sedang menyiapkan sebuah album gandingan suaranya dengan Ina Naim dan anak-anak mereka.

Menurut Suhaimi, album yang bakal diterbitkan pada awal Ramadan tahun ini mengandungi 10 lagu termasuk sebuah zikir itu akan dijual pada harga RM30 berserta caj penghantaran.

Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata aitu Ehmad Hadie Elfardie, 13; Sallman El-Khoyri, 11; Phyrosh Elfadwah, 9, dan Nurlayla Elghufrony, 7.

Menerusi laporan mStar pada 6 November tahun lalu, Suhaimi memaklumkan dia menghidap sakit mata kronik sejak 2019 dan memerlukan bantuan isteri untuk melakukan urusan harian.

Suhaimi yang kini menetap di Kelantan bersama keluarganya juga mendapat bantuan daripada wakil komuniti Kubang Kerian.

Sumber : MStar

Artikel sebelum ini :

Suhaimi Saad Tubuh Kumpulan Nasyid Dengan Anak-Anak. Ramai Tak Sabar Menanti Album Pertama Mereka..

Rasanya semua sedia maklum bahawa pasangan Suhaimi Saad dan Ina Naim lebih senang mengajar anak-anak mereka sendiri di rumah daripada menghantar mereka ke sekolah.

Nampak gayanya, lelaki itu mahu empat orang anaknya iaitu Ehmad Hadie El Fardie (13), Sallman El Khoyri (11), Phyrosh
El Fadwah (9), dan Nurlayla El Ghufrony (7) mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi apabila dia mengumumkan bakal mengeluarkan album nasyid di bawah nama ‘Bismilllah’

Bahkan kumpulan itu turut akan menampilkan isterinya iaitu Ina Naim.

 

“Kami sedang menyiapkan sebuah album gandingan suara Suhaimi Saad, Ina Naim dan anak anak.”

Jelasnya lagi, album itu akan menyapa semua orang pada awal Ramadhan nanti dan semua boleh mendapatkannya dengan harga RM30 sahaja.

suhaimi saad

Tak sabar betul nak dengar gandingan suara keluarga ini kan?

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *