Artis Viral

[VIDEO] Shuk Sahar Sanggup Buat Apa Sahaja Demi Dapatkan Balik Keluarga Dan Mengaku Kesilapannya

SETELAH beberapa hari mendiamkan diri berhubung isu curang, akhirnya pelawak Shuk Sahar tampil mengakui kesilapan diri.

Menyedari kesalahan yang telah dilakukan, Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata dia kini dalam usaha menjernihkan semula hubungannya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah.

“Setiap orang melakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya.

“Ya bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh.

“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagiaan saya!” katanya.

Shuk bertemu dengan dua anaknya pada Rabu.

Shuk menulis luahan kesalnya itu menerusi Instagram pada Rabu.

Bersama kapsyen itu, dia turut berkongsi rakaman video bertemu dengan dua orang anak perempuannya iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy.

“Ya bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh!”

SHUK SAHAR

PELAWAK

Sejak Sabtu lalu, krisis rumah tangga Shuk menarik perhatian netizen apabila isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendakwa suaminya berlaku curang sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

https://youtu.be/Gwc0GNWVgcc

Menerusi laporan mStar, Rossalennah menerusi laman sosial miliknya turut berkongsi beberapa rakaman video dia menerjah sebuah rumah mencari suaminya.

Shuk akan terus berusaha menyelamatkan rumah tangga dan keluarganya.

Bagaimanapun, Rossalennah mendakwa terpaksa beredar dengan hampa kerana dihalau ketika tiba di rumah berkenaan.

Rossalenna turut meluahkan rasa kecewa apabila suaminya tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama wanita lain.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

 

Dan Skandal Shuk Juga Ader keluar kan kenyataan yang mana dia dan shuk memang sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi.

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *