Lima hari tidur di kaki lima tunggu wang BPN

SHAH ALAM – Seorang warga emas sanggup menaiki bas sejauh 90 kilometer dari kampungnya di Sebuyau ke bandar Kuching, Sarawak dengan membayar tambang RM40 semata-mata mahu mengambil duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM350.

Kisah menyentuh hati warga emas dikenali sebagai Akau Rabi, 73, itu dikongsi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Facebook beliau pada Jumaat.

Mohd Puad berkata, ekoran keadaan itu, sehingga kini sudah lima malam warga emas itu terpaksa tidur di kaki lima jalan untuk mendapatkan duit BPN.

Beliau berkata, Akau Rabi sendiri tidak tahu tarikh untuk pembayaran kerana cuma diberitahu bayaran akan dibuat pada akhir bulan.

Menurutnya, di kampung warga emas itu tidak ada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan perlu ambil sendiri di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kuching.

“Bayangkan dengan usia lanjut dia tidur di tepi jalan. Makan minum tidak menentu kerana wang saku yang sedikit. Berbaloi ke dia datang ke Kuching?

“Apakah tidak ada kaedah yang memudahkan rakyat pedalaman macam Akau Rabi. Apakah Perdana Menteri atau Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tidak prihatin kepada mereka ini.

“Buatlah sesuatu. Permudahkan rakyat. Jangan banyak syarat macam i-Sinar KWSP dan moratorium bank,” katanya.

Mohd Puad turut mempersoalkan tindakan kerajaan terhadap kisah Akau Rabi yang didedahkan beliau itu.

Katanya, situasi yang berlaku itu belum mengambil kira kemudahan internet di kawasan pedalaman untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

“Semoga Akau Rabi pulang ke Sebuyau dengan selamat dan bawa balik duit BPN yang mungkin berbaki cuma RM200,” katanya.

Sumber : Sinar harian

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*