Pengalaman Mendebarkan Hampir Dipukau Perempuan ‘Batu Merah’ Di ATM

Walaupun ‘pukau’ bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita hari ini, namun masih ramai yang tidak peka mengenai perkara ini. Pukau merupakan salah satu ilmu sihir yang digunakan seseorang untuk membuatkan mangsa pukau tertidur, kaku sehingga menurut apa sahaja kemahuan si pemukau.

Seperti perkongsian wanita ini di Twitter apabila dia hampir dipukau oleh seorang perempuan bertudung. Nasib menyebelahinya apabila dia tidak memandang mata si pemukau lalu terus beredar dari situ

Ada perempuan datang pegang tangan

Aku tarik pintu sebab nak scan ‘My Sejahtera’. Tiba-tiba ada perempuan datang dari belakang and pegang tangan aku. Konon-konon nak tarik juga pintu itu. Aku cepat cepat tarik tangan aku, dalam hati tiba-tiba berdebar. Pasru dalam tangan perempuan ttu ada batu merah tau. Dia baca-baca aku tak tahu apa yang dibaca.

Dalam amsa yang sama ada seorang perempuan cina kena tahan dengan perempuan yang pegang batu merah itu. Lepas perempuan itu baca-baca terus cina itu bagi duit kat dia. Pastu perempuan tu jerit minta tolong cakap perempuan tadi ambil duit dia.

Dalam kejadian yang berlaku di Batu Berendam itu, dia dihampiri seorang perempuan bertudung ketika ingin memasuki  kedai serbaneka stesen minyak tersebut. Pada awalnya dia tidak sangka perempuan tersebut mempunyai niat tidak elok sehinggalah dia melihat perempuan tersebut memegang batu merah dan membaca jampi serapah seolah-olah ingin memukau dirinya.

Namun, dia sempat menoleh pandangan wanita tersebut dan cepat-cepat berlalu pergi. Selepas diperiksa rupanya perempuan tersebut bersama seorang lelaki sudah lama memerhati dirinya sejak di tempat letak kereta.

 

Gigil teringat kejadian

Sampai kat rumah terdiam juga aku teringat pasal tadi. Mesti perempuan tu pakai ilmu guna-guna. Sebab semua orang kat situ tak nampak mana pergi moto itu. Sumpah takut tak pernah kena macam ini.

Pastu aku beritahu la kat family, ayah aku bising juga sebab selama ini taknak kunci kereta dan suka jalan sorang-sorang. Lepas ini taknak dah jalan sorang sorang. Takut.

Dalam pada itu, dia sempat melihat kejadian seorang wanita berbangsa Cina ditahan perempuan misteri berkenaan lalu dibacakan jampi serapah sehingga wanita berkenaan memberi beg duit kepadanya. Kejadian yang berlaku sepantas kilat itu tidak disedari ramai orang dan akhirnya wanita itu menjerit meminta pertolongan.

Namun rata-rata disitu tidak sempat melihat kejadian disitu, malah motosikal yang dinaiki pemukau tadi turut tidak kelihatan. Lebih menghairankan apabila semua orang di tempat kejadian tidak dapat melihat perempuan batu merah tersebut. Memang takut betul. Hati-hati terutama kaum wanita yang berseorangan nak keluarkan duit.

Pengalaman orang lain

Sumber : Twitter Hanatasha

 

Apa Pendapat Anda? Tak tau nak cakap apa, moga kita semua di hindarkan dari kejadian seumpama ini….

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*