D3ND4M 17 TAHUN B3RBALAS! PAS D4KWA ANAK USRAHNYA IBU YATI S3BAR AJARAN S3SAT ‘AGAMA MELAYU’

Siapa sangka sekian lama PAS mengkader mahasiswa di kampus kini menjadi Kerajaan? Mereka mempunyai jawatan sebagai Menteri di pelbagai Kementerian. Siapa menyangka PAS boleh bersama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional? Itulah politik apa saja boleh berlaku. Dulu tiada kuasa kini berkuasa. Siapa menyangka PAS boleh membalas semula anak usrahnya yang khianat kepada PAS?

Hari ini kecoh mengenai ajaran ‘Agama Melayu’ yang dibawa oleh individu yang dikenali sebagai ‘Ibu Yati’. Nasrudin Hassan PAS yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu Ibu Yati itu.

Siapa Ibu Yati?

Siapa tidak kenal Wan Noor Hayati Wan Alias bekas mahasiswi perkaderan PMI dulu pernah diasuh sendiri oleh Nasruddin Hassan dan PAS. Wan Norhayati Kelantan dalam satu wawancara kontroversi pada Oktober 2004, Wan Norhayati mendedahkan bagaimana parti pembangkang (PAS ketika itu) mempergunakan persatuan yang islamik di universiti untuk mengkaderkan mahasiswa.

Pada asalnya Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) adalah baik, tetapi pihak pihak yang menaunginya (PAS) telah memanipulasi persatuan itu secara underground ke arah politik, jadi berhati hatilah, jangan mudah tertarik dengan jenama Islam yang selalu dilaung-laungkan oleh pihak tertentu” kata Wan Norhayati.

Siri kenyataan beliau ketika itu sedikit sebanyak meruntuhkan gerakan mahasiswa pembangkang dikuasai di IPTA Semenanjung Malaysia sebagai anti establisment pro PAS. Jika mahu membaca lebih lanjut mengenaiUsrah PASboleh baca di sini.

Yang pasti begitulah produk PAS di kampus dari dulu hingga sekarang. Apa jadi pada PMI PAS sekarang sejak mereka menjadi kerajaan? PMI berpecah dua macam parti mereka juga kepada geng PAS dan Amanah. Selebihnya menjadi pendokong DAP. Produk PMI bertabur dalam parti namun di kampus menjadi lemah.Modus operansi USRAH mereka terpaksa ditukar mendepani cabaran baharu.

Balas Dendam PAS

Namun kali ini selepas 17 tahun giliran PAS membalas semula pengkhianatan Ibu Yati / Wan Norhayati kepada PAS ketika itu.Giliran PAS menggunakan kuasa mereka untuk menangkap Wan Nor Hayati. PAS memegang Menteri Agama, Yayasan malah Menteri Undang-undang. Dilaporkan Ibu Yati juga pernah bergelar wartawan kini membentuk ajaran baharu ‘Islam Melayu atau Agama Melayu’ yang tular melalui video baru-baru ini.
Kata Nasaruddin,

Sehari dua ini kecoh pula dengan lahirnya agama baharu yang dikenali sebagai Agama Melayu.

Menggunakan lafaz syahadah yang pelik (seperti yang saya dengar lafaznya iLa Ha iLa Ra iLa Ma) dan disambung dengan pengakuan ‘Aku Melayu’ sebanyak tujuh kali,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Nasaruddin berkata beliau mengenai Ibu Yati sejak 20 tahun dulu di zaman perkaderan kampus. Pendek kata anak didik PAS sekian lama dahulu.

Sumber : Captain M

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "D3ND4M 17 TAHUN B3RBALAS! PAS D4KWA ANAK USRAHNYA IBU YATI S3BAR AJARAN S3SAT ‘AGAMA MELAYU’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*