Viral

Ashraf Muslim Dapat Rasakan Kesedihannya, Berair-Air Mata Pak Cik Ni ”Rumah Terbelah Dua”

Pelakon Ashraf Muslim mengakui dirinya amat terkesan selepas bertemu dengan seorang warga emas yang telah kehilangan tempat tinggal kerana musibah banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri Pahang baru-baru ini.

Menurut Ashraf Muslim, akibat dari banjir yang terlampau teruk, struktur rumah warga emas tersebut di khabarkan telah terbelah dua dan kesemua perkakas di dalam rumah telah hanyut dibawa oleh arus banjir.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Bismillahirrahmanirrahim…

Misi Banjir kali ini menemukan Ashraf bersama Pakcik Baharudin dr kg Lechar, Dong, Raub. Sedih bila memdengar rintihan Pakcik Baha setelah banjir melanda sehingga rumahnya terbelah dua.

Rumah yang disayangi ini sama dgn umurnya 71tahun. Dari beliau lahir sehinggalah sekarang, inilah dugaan yang agak besar dalam hidup beliau. Sedihnya bila pakcik cakap inilah rumah utk dia habiskan sisa2 hidupnya.

Allahu.. Rumahnya terbelah dua yang agak jauh dan penuh dengan lumpur, barang2 semua dah bersepah tak tahu kemana dibawa arus banjir sebelum ini.

Ya Allah! Bantulah pakcik Baha.. supaya beliau dapat kehidupan yg lebih baik dan tenang. Ashraf dapat rasakan kesedihannya bila bercakap, berair-air mata pakcik ni..

Sampai sekarang Ashraf masih terbayang2 rumahnya itu dan terfikir setinggi manalah air banjir tu sampai dapat gerakkan rumah pakcik Baha.. Allahuakbar. katanya lagi.

Sementara itu Ashraf juga turut menyeru orang ramai supaya menghulurkan bantuan bagi meringankan beban buat mereka yang terjejas akibat banjir tersebut.

Ashraf juga mengucap Terima kasih YM Tengku Aslahuddin dgn kehadirannnya dapat memberi semangat kepada pakcik Baha, dan juga Terima kasih kepada #GengPanahBerapi atas semangat dan pengorbanan masa,tenaga dan kewangan yang diberikan.

Sumbangan Mangsa banjir, frontliners dan asnaf serta mereka yang susah boleh melalui Bank Islam : 14195020079140
(Mohd Ashraf Muslim)

Sumber : IG Ashraf Muslim

Apa Pendapat Anda? Sama2 lah kita membantu…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *