
Ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini, mungkin ramai ibubapa yang risaukan akan pelajaran anak masing-masing. Ketika ini sekolah tidak dibuka dan menyebabkan anak-anak perlu melalui proses pembelajaran dalam talian.
Namun proses pembelajaran ini juga perlukan pemantauan dari ibubapa. Tentulah masa yang mana bekerja dan untuk memantau proses ini lagi jadi kekangan. Biarpun begitu semuanya harus dilakukan demi masa depan anak-anak.
Walaubagaimanapun, baru-baru ini tular dengan satu video seorang anak kecil membaca buku. Kedengaran dalam rakaman itu anak kecil tersebut membaca buku sambil mengeja. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah perkataan yang disebut dan dieja tidak sama.
Malah respon dari bapanya lebih membuatkan ramai terhibur kerana dia hanya menjawab betul biarpun yang dieja anak kecil itu adalah tidak betul. Berikut adalah video yang dikongsikan oleh Instagram sinar_my.
View this post on Instagram
Perkongsian rakaman anak kecil membaca buku ini telah meraih lebih 80 ribu tontonan dan 7,500 likes. Rata-rata warganet terhibur menonton telatah anak kecil ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Punya malas ayah die ekk..Betulkann jer semua…Biasala perempuan kannnn selalunya betul…”
“Perempuan selalu betul…Buku tu yang salah”
“Ye la nak betul…Pandai eja..Ayah buta huruf tak tau main aah betul…”
Sumber : himpunanceritalawak
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply