Kisah S3ram Rumah Nenek Aku Diceritakan Oleh Nur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Nak cerita sikit pasal rumah nenek aku. Ni kisah benar, sebelum tu aku perkenalkan diri. Nama aku Nur, umur 33 tahun. Tu je lah kot. Takyah panjang-panjang nanti orang kenal haha. Ok start cerita.

Sebelum tu, aku nak cerita keadaan rumah nenek aku. Sebab nanti korang senang nak bayangkan situasi seram tu. By the way, sebab apa aku cakap rumah nenek, sebab atuk aku meninggal masa aku kecik lagi. Jadi memang tak pernah kenal atuk. Just tengok gambar je dan dengar kisah-kisah atuk daripada mak aku. So bila pergi ziarah nenek, jadi automatik la aku akan panggil rumah nenek hihi.

Rumah ni adalah pemberian mahar daripada atuk kepada nenek. Atuk aku ni kira berduit juga, sebab dia ada buka kedai kopi. So nenek aku memang senanglah. Emas satu tin biskut, tanah merata-rata. Rumah nenek ni besar, besarnya bersamaan 3 lot rumah. Dua tingkat pulak tu. Belakang rumah bukit, depan rumah pula jalan besar. Tanah kat bukit tu pun kepunyaan atuk aku. Dalam rumah ada sebuah perigi. Perigi ni duduk kat tengah-tengah rumah. Yang menghubungkan antara ruang tamu dan dapur. Pelik kan? Perigi dalam rumah. But yes. Camtu lah designnya. Bilik tidur semua ada 6 buah dan semua kat tingkat 2, termasuk balkoni yang korang boleh nampak laut dan ruang tamu atas.

Adik- beradik mak aku 5 orang. So rumah nenek aku ni semua adik-beradik mak aku berkumpul kecuali mak aku dan abang dia. Thats why lah rumah tu dibuat besar. Korang pernah nampak cerita hindustan kan? Yang kumpul semua dengan ipar duai? Ha mamcam tu lah. Sebab atuk aku orang India dari Malabbar sana. Ada beberapa kisah aku kumpul. Yang aku alami sendiri, famili, mak cik- mak cik, dan sepupu-sepupu aku.

Kisah 1

Aku dan famili balik kampung selama 2 minggu. Memang seronok bukan kepalang. Boleh jumpa sepupu-sepupu. Dalam fikiran memang macam-macam aktiviti nak buat. Masa ni aku sekolah menengah. Sampai rumah biasalah happy je, sampailah beberapa hari kat sana. Malam tu aku nak terkencing. Masa tu tido dengan sepupu. Biasa sepupu bangun je kalau nak kejut kencing. Tapi malam ni dia tido mati. Sebab letih ronda-ronda kat bukit petang tu. Aku pi la kejut mak aku pulak. Mak aku katil lain tau. So aku lena turun katil nak kejut mak aku. Walaupun rumah tu ada 6 bilik, tapi dalam sebilik ada 2 dan 3 katil. Aku tido kat bilik yang ada 3 katil.

Bilik tu luas dan paling hujung. Masa nak ke katil mak aku tu aku kena selak kelambu, masa tengah selak, aku tengok ada 3 orang tido kat katil mak aku. Aku pelik, yang aku pasti selama ni mak aku tido dengan mak cik aku yang tak kahwin lagi. Macam mana boleh 3 orang. Mak aku pulak kat hujung tido mengiring menghadap aku, Mak cik aku kat belah depan tido menelentang. Yang kat tengah ni pulak tido menghadap mak aku. Belum sempat aku panggil. Dia dah mengekek ketawa. Yang hairannya mak dan mak cik aku syok je tido. Aku pulak first time jumpa dengan benda ni. Memang ntah maca mana tak boleh bergerak. Terkejut punya pasal. Rambut dia panjang cantik tapi baju lusuh.

Aku hanya mampu tutup mata dan nangis. Semua surah aku tak ingat. Aku buka mata dia hilang. Aku nak cakap mak pun tak boleh keluar. Jantung macam nak pecah sebab dia pegang kaki aku. Aku rasa, jari dia. Kuku dia yang tajam pun aku rasa.

Buat pertama kali dalam hidup aku, aku terkencing depan katil woi. Lepas tu pengsan. Time azan subuh, mak cik dan mak aku tengok aku tido depan katil dorang, di basahi air kencing. Malunya ya Allah. Memang seharian aku jadi bahan ketawa sepupu-sepupu aku. Ye lah dorang tinggal kat rumah nenek. Memang dah biasa dengan benda-benda tu. Aku je first time kena.

Esoknya aku demam. Aku taknak ditinggalkan sorang so mak aku teman kat bilik. Masa tu tengah hari, aku tak tau bila masa terlena. Bangun-bangun mak aku dah takde. Aku nampak mak cik aku (kakak sulung mak aku) tengah sikat rambut kat depan cermin. Mak cik aku ni rambut dia panjang, sampai bontot. Aku diam je tengok dia sikat rambut. Ye lah demam, malas bak menyembang. Lepas tu mak cik aku jeling aku dia senyum. Aku dah rasa lain, kenapa jelingan mak cik aku ni tajam sangat. Tak kan ‘dia’ lagi. Allah. Masa tu aku nangis je. Nak bangun lari, badan ni lemah sangat. Tiba-tiba rambut mak cik aku berubah putih. Ya Allah.. masa menulis ni pun bulu roma aku naik lagi.

Muka berkedut. Jalan terbongkok-bongkok. Rupa dah jadi buruk, muka yang ada nanah tu. Dia terus jalan keluar pintu. Aku terus teriak makkkkk…makkkk sambil nangis-nangis. Takde sorang dengar weiii.. Semua sibuk menyembang kat dapur. Sebab bawah bilik aku tido ni dapur. Aku dengar bising sangat kat dapur, semua pakat menyembang dan bergelak tawa.

Aku ingat dah habis, dia main tingkap pulak, korang tau kan? Tingkap rumah dulu2? Tingkap kayu yang main buka tu? Ha tu lah dia main, tutup buka, tutup buka. Tutup bukan acah-acah tau. Tutup yang main hempas tingkap tu. Aku zikir dan kumpulkan kekuatan panggil kuat-kuat mak aku, makkk. Bukan apa, aku tak larat nak lari. Nak berdiri, kaki aku dah gigil. Aku jadi trauma nak turun katil. Takut ‘dia’ pegang lagi.

Masa tu sepupu aku lari naik tangga, lepas aku jerit mak. Mak aku tak naik, dia hantar sepupu aku je. Aku peluk pinggang sepupu aku. Memang terus nangis meraung, sepupu aku dah panik, dia ingat aku histeria. Dia terus lari tinggal aku. Hampeh punya sepupu. Dah besar ni, throwback balik citer ni, sepupu aku gelak je hmm.. sambung balik, aku dah takut gigil, dia boleh tinggalkan aku pulak. Aku tenangkan diri, baca surah yang aku ingat. Berhingus dan tersedu- sedu aku baca surah. Lepas tu, sepupu aku datang bawa mak ayah aku dan mak- cik pak cik aku.

Mak aku dah rasa bersalah, tinggalkan aku sorang-sorang. Semua mak cik dan pak cik aku cakap takde apa lah. Biasalah tu. Sakit hati aku. Aku tak cerita apa lagi, dorang dah buat relaks. Mentang-mentang lah dorang dah biasa kena kacau. Petang tu mak panggil pak cik dia, bagi air untuk pulihkan balik semangat aku. Atuk sedara aku ni pandai berinteraksi dengan mahkluk halus. So dia cerita lah

Korang tau tak kenapa aku kena kacau? Sebelum hari kejadian, mak cik aku (kakak sulung mak aku) pegi tolong mandikan jenazah. Jenazah seorang perempuan yang dah tua. Mak cik aku pegi amik lebihan kain kapan jenazah tu. Lepas tu, mak cik aku cuci dan sidai kat beranda bilik dia. Aku ni baru tingkatan 2, memang tak tau kain kapan tu jenis macam mana. Ye memang tau warna putih, tapi tak tau kain putih tu kain kapan. Korang faham tak? Aku ingat kain cotton biasa buat baju sekolah huhu.. kain yang mak cik aku sidai tu dah kering.

Aku pi gatal tangan amik lipat-lipat lepas tu buat-buat pakai tudung. Sepupu aku pun tak tau tu kain kapan. Tapi dia tak sentuh pun kain tu, aku je. Aku pakai siap jalan macam model hijabista tu hihi. Lagi pun kain tu wangi. Aku rasa sebab air bunga mawar dan minyak wangi orang meninggal tu kot. Tapi serius, aku tak tau wangian tu untuk orang meninggal.

Sebab aku tak pernah kematian ahli keluarga terdekat. Kalau ada kenalan mak ayah aku yang meninggal pun aku hanya baca yassin jauh dari mayat. Kiranya atuk tu kata, aku terkena badi mayat. Yang tak boleh blah, benda tu saka orang tua yang dah meninggal tu. Dia marah aku, sebab amik barang tuan dia.

Mak aku pun apa lagi, marah lah kakak dia. Takde keje pi amik lebihan kain kapan orang. Dia kata nak simpan. Kalau dia meninggal nanti boleh buat tambah kain. Geleng kepala mak aku. Ye lah, kami bukanlah miskin sangat sampai kain kapan pun tak mampu beli. InshaAllah ada je rezeki.

Banyak lagi cerita mistik rumah nenek aku ni. Tapi lain hari aku sambung ye. Panjang sangat dah ni. Aku nak cerita pasal perigi dalam rumah tu dan kawasan bukit belakang rumah tu. Lepas tu, benda tu makin agresif dah boleh menjelma macam orang kat rumah tu. Rupanya mereka ramai. Nanti aku sambung ye.

Sumber : Nur

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*