
IMPAK populariti yang diraih menerusi TikTok, seorang pelajar membuktikan bahawa aplikasi itu mampu menjana wang jika dimanfaatkan sebaiknya.
Menurut Nurin Lofa Adrianna Kirana, 17, hasil ulasan berbayar yang dibuat selama ini, dia sudah berjaya membeli dua buah kereta.
Pada tahun lalu dia membeli sebuah kereta terpakai keluaran tempatan dan pada minggu lepas dia sekali lagi tersenyum apabila berjaya memiliki sebuah Toyota Vellfire.
Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Nurin mengakui sama sekali tidak menyangka rezekinya cukup murah sejak menyertai TikTok pada Ogos tahun lalu.
Salah satu tik tok Nurinlofa
“Saya sudah beli sebuah kereta terpakai tahun lepas. Ini kereta kedua. Paling banyak saya dapat tentunya menerusi paid review.
“Memang tak sangka sangat, masa pertama kali buat review saya pun tak yakin. Saya buat pun sebab ada orang minta.
Nurin aktif di TikTok sejak Ogos tahun lalu.
“Lepas percubaan pertama, pemilik bisnes tu kata dia tak menang tangan layan pelanggan. Bermula dari situ saya tekad untuk buat berterusan,” ujarnya yang memiliki 746,000 pengikut di TikTok.
Mesra disapa Nurin, dia yang mengikuti pengajian secara ‘home school’ mendedahkan kehidupannya berubah sekelip mata kerana TikTok.
Malah, ia sekaligus membuktikan kepada mulut-mulut jahat yang menghinanya selama ini bahawa dia juga boleh berjaya.
“Saya cuma nak cakap, yang mana kecam atau sokong saya… terima kasih.”
NURIN
“Dulu kereta umi saya sangat nazak. Ada orang kat sekolah yang ejek, hina kereta tu. Sebab tu saya beli sebuah kereta terpakai tahun lepas.
“Rasa macam tak percaya benda tu berubah sekelip mata. Sebelum ni pun, bilik saya berlantaikan tikar getah je.
“Tapi bila naik macam ni, saya tengok sekeliling saya berubah. Alhamdulillah boleh tanggung keluarga juga,” ujarnya.
Nurin bergambar dengan kereta baharu miliknya.
Kata Nurin yang popular kerana video membebel di TikTok, aplikasi itu boleh menjana wang jika digunakan dengan betul.
“Walaupun saya selalu buat video membebel, saya selitkan dengan kata-kata positif. Guna ke arah yang betul.
“Saya cuma nak cakap, yang mana kecam atau sokong saya… terima kasih. Apa sahaja yang dikecam, saya ambil positif,” ujarnya lagi.
Nurin sebelum ini pernah menjadi mangsa berita kematian palsu.
Untuk rekod, Nurin sebelum ini pernah mendapat liputan mStar apabila ada pihak tidak bertanggungjawan menyebarkan berita kem4tian palsu melibatkan dirinya di media sosial.
Menerusi laporan pada 6 Disember lalu, dia kecewa apabila hal sensitif itu menjadi bahan jenaka individu tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan kekecohan ramai.
Sumber : MStar
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply