
KUALA LUMPUR: Perebutan kawasan jual dad4h antara dua kumpulan kong si gel ap, dipercayai menjadi motif perg4d uhan di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras, dekat sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jen ayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata polis sudah berjaya menahan 10 suspek menerusi Op Cantas yang dijalankan secara bersepadu sejak semalam hingga awal pagi tadi.
Beliau berkata, pelaksanaan operasi itu membabitkan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, JSJ IPD Serdang dan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
“Motif kejadian ialah perebutan kawasan jual da4ah antara Geng 08 Sungai Besi Indah, Serdang, dengan Geng 36 Bukit Belimbing, Kajang.
“Geng 08 dipercayai diketuai seorang lelaki dipanggil Sara bersama orang kanannya dikenali sebagai Rajie 5000, dengan Geng 36 yang dipercayai diketuai seorang lelaki dikenali dengan panggilan Tan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Fadzil berkata, JSJ Selangor juga telah mengenal pasti beberapa individu lain yang boleh membantu siasatan kes itu, dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.
Beliau sekali gus meminta orang ramai yang ada maklumat supaya membantu siasatan polis dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi, melalui talian 019-6655811.
BH sebelum ini melaporkan polis me nahan empat lelaki disyaki terbabit perg44duhan antara dua kumpulan di Taman Juara Jaya, semalam.
Kejadian itu turut menyebabkan dua lelaki cede ra, namun mereka yang kini dirawat di hospital dilaporkan stabil.
Pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung pergaduhan berse njatakan parang itu pada jam 6.37 petang semalam.
Susulan itu, sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi sebelum menemui tiga kereta ditinggalkan suspek dan mangsa di situ.
Hasil tindakan pantas, anggota JSJ IPD Kajang berjaya membuat tangkapan awal ke atas empat suspek disyaki terbabit perg44duhan itu.
Enam lagi suspek berjaya ditahan pihak JSJ IPD Serdang bersama JSJ IPK Selangor.
Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Kajang untuk permohonan reman, hari ini.
Dalam pada itu, polis akan turut meneliti beberapa video yang tular berhubung kejadian berkenaan.
VIDEO
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
SUMBER:BHarian
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply