
POLIS Sabah tampil memberikan penjelasan berhubung pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew tidak dikatakan tidak dibenarkan meneruskan bantuan di pulau-pulau di Semporna di negeri itu.
Polis atau Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCom) tidak pernah menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program pendakwah terkenal Ebit Lew di kawasan itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Beliau bagaimanapun berkata, mereka digalakkan merujuk pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas faktor keselamatan.
“Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang program yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan seperti Ebit Lew.
“Ada juga kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan Perintah Berkurung dikuatkuasakan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran,” katanya pada Selasa.
Hazani berkata, perintah berkenaan dikeluarkan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak dic3roboh p3ngg4nas yang meng4ncam keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.
“Ia tiada kena-mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau pihak NGO di negeri ini.
“Cuma kita minta beliau rujuk dengan pihak berwajib bagi mengenal pasti status pulau dan penduduk terbabit,” katanya.
Terdahulu, terdapat komen balas daripada netizen faktor keselamatan penyebab pendakwah bebas itu tidak dibenarkan masuk ke pulau-pulau berkenaan.
Tiada halangan Ebit Lew teruskan misi bantuan di Semporna, tapi perlu maklum tuan rumah – Pejabat Daerah
KECOH mengenai pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang tidak dibenarkan untuk melakukan misi bantuan di Semporna.
Namun dilaporkan tiada halangan untuk Ebit meneruskan misi bantuan beliau tetapi perlu memaklumkan kepada pihak berkaitan sebagai tuan rumah di daerah itu.
Pegawai Daerah Semporna, Suhaimi Ejip berkata, beliau memahami niat ikhlas Ebit Lew tetapi pihaknya tidak menerima kunjungan daripada pendakwah bebas itu sendiri dan hanya memaklumkan tujuannya untuk masuk ke pulau berkenaan selain mahu mendirikan struktur untuk pembinaan sekolah.
“Saya sebagai tuan rumah mengalu-alukan kedatangan beliau dan menghargainya namun apabila kita memasuki ‘rumah’, kita harus mengetuk ‘pintu rumah’ terlebih dahulu, namun beliau tidak datang ke Pejabat Daerah Semporna.
“Sebaliknya hanya memaklumkan jadual perjalanannya melalui pembantu peribadinya dan tidak bertemu secara bersemuka menerangkan tujuan dan jabatan yang mempunyai autoriti yang membenarkan individu atau agensi masuk ke daerah adalah Pejabat Daerah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Suhaimi berkata, perkara itu perlu mengikut protokol iaitu permohonan untuk mendirikan struktur melalui proses di bawah Ordinan Tanah Bab 68 (permohonan tanah) terlebih dahulu bagi tujuan pembinaan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di kawasan pulau.
“Kita memberi sokongan moral kepada beliau sebagai Muslim namun untuk pembinaan penempatan di bawah seliaan Taman-Taman Sabah (TTS).
“Jika Ebit melalui Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), mereka juga perlu rujuk kepada Pejabat Daerah. Kalau buat pondok sementara kita mungkin boleh benarkan atas dasar budi bicara namun jika mendirikan kelas Kafa ia bersifat kekal dan pulau itu ada pemilik atau pewarisnya,” katanya.
Sehubungan itu, Suhaimi menasihatkan supaya pihak yang ingin melakukan perkara demikian tidak mengambil tindakan melulu dengan melengkapkan barang perkakasan pembinaan tanpa kebenaran tuan tanah terlebih dahulu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat ketika diminta mengulas berhubung isu pendakwah bebas itu tidak dibenarkan memasuki pulau disebabkan isu keselamatan, beliau memaklumkan perkara itu di bawah pengurusan dan kawalan serta tanggungjawab oleh pihak TTS.
“Tidak (bukan isu keselamatan). Ia hanya lebih kepada isu kebenaran masuk dalam kawasan yang diwartakan dan di bawah pengurusan dan kawalan serta bidang tanggungjawab oleh pihak TTS,” katanya.
Terdahulu, tular kenyataan daripada pendakwah bebas itu melalui Facebooknya bahawa beliau meminta maaf kepada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang beliau Islamkan di Semporna.
Dalam kenyataan itu, beliau mendakwa tidak dibenarkan masuk ke pulau di Semporna dan diminta untuk menghentikan bantuan selain memaklumkan bahawa beliau boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun.
Sumber : MSTAR
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply