Viral

Ini Sebab Mengapa Mahkamah Persekutuan Putuskan Rosliza Ibrahim Bukan Muslim

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan wanita berbapakan Muslim dan beribukan bukan Muslim diisytiharkan sebagai bukan Muslim.

Panel sembilan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan Rosliza Ibrahim tidak pernah menganut Islam.

Dalam membenarkan rayuan Rosliza, Tengku Maimun berkata, tiada bukti wanita itu yang dibesarkan ibunya yang beragama Buddha sejak kecil pernah menganut Islam.

Rosliza memfailkan saman pemula pada 2015 bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau dilahirkan sebelum bapanya yang beragama Islam dan mendiang ibunya, yang beragama Buddha, berkahwin.

Dia mendakwa bahawa beliau bukan seorang penganut agama Islam danMahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya.

Pada 22 Jun 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman pemula itu dan rayuannya juga ditolak Mahkamah Rayuan pada 25 April 2018.

Pada 20 Januari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Rosliza untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu berhubung dua isu perundangan yang perlu diputuskan mahkamah.

Menurut fakta kes, pada 1994, bapanya mengemukakan permohonan kad pengenalan bagi pihak Rosliza dan dalam permohonannya, dia menyatakan agama anak perempuannya itu sebagai Islam dan mencatatkan keturunan ibu Rosliza sebagai orang Melayu

Pada 1995, bapanya mengemukakan permohonan kad pengenalan baharunya sendiri dan mencatatkan agamanya sebagai Islam dan telah berkahwin. Sebulan sebelumnya pada tahun yang sama, ibu Rosliza mengemukakan permohonannya untuk mendapatkan kad pengenalan baharu yang mencatatkan agamanya sebagai Buddha, keturunannya sebagai orang Cina dan status perkahwinannya sebagai berkahwin.

Pada 22 Jun 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman pemula itu atas alasan bukti yang dikemukakan pemohon hanya menunjukkan bahawa tiada pendaftaran perkahwinan dibuat dan perkara itu tidak membuktikan bahawa perkahwinan itu tidak berlaku.

Wanita itu kemudiannya merayu namun gagal selepas rayuannya ditolak Mahkamah Rayuan pada 25 April 2018.

Pada 20 Jan tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Rosliza untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap dua isu perundangan yang perlu diputuskan mahkamah.

SUMBER:HMETRO

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *