5 Fakta Tentang Model Vietnam, Jade Anh – Jadi Sasaran Lelaki Miang “As’ad Motawh Pernah Tegur Sebab Seksi Sangat”

NAMA Jade Anh mula menjadi sebutan hangat netizen di laman sosial selepas kontroversi mengenai video muzik (MV) Rampas nyanyian kumpulan Akim & The Majistret (ATM) tidak dikeluarkan

Isu tersebut mula timbul selepas pendedahan yang dibuat menerusi laman Twitter mengatakan dia diberitahu aksinya terpaksa ditapis kerana isteri vokalis kumpulan itu cemburu menonton babak-babak dalam MV berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Model Vietnam mohon maaf kepada Akim Ahmad, tiada bukti tuduh Stacy cemburu – “Saya tak tahu tentang anniversary, tak ikuti kehidupan mereka

Jade kini berusia 21 tahun.

Bagaimanapun Jade telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Twitter yang dipercayai ditujukan kepada vokalis kumpulan itu iaitu Akim Ahmad dan isterinya, Stacy Anam atas salah faham yang berlaku.

Jade turut mengakui kesilapan dalam masalah komunikasi dan menyedari perasaan cemburu yang didakwa itu tidak pernah berlaku.

Berikut lima fakta menarik mengenai Jade Anh;

Jade mohon maaf secara terbuka kepada Akim dan Stacy.

1. Nama penuh Jade Anh Ngo atau Jade Anh adalah personaliti media sosial dan model terkenal berketurunan Jerman-Vietnam

2. Jade Anh dilahirkan di Wiesbaden, Jerman pada 21 Mei 2000 dan kini berusia 21 tahun.

3. Mempunyai lebih 443,000 pengikut di Instagram, 293,600 di Twitter manakala pengikut di aplikasi TikTok sebanyak 12,500.

Jade berkongsi mengenai dia terima ugutan pada awal Januari lalu.

4. Sekitar awal Januari lalu, Jade pernah memuat naik status mendedahkan dia menerima ugutan daripada individu di streaming yang ingin membunuh bapanya jika tidak menayangkan buah dadanya.

5. Menerusi laporan mStar pada 21 Jun 2019, nama Jade Anh pernah menjadi perhatian selepas dia mendedahkan ditegur penyanyi As’ad Motawh kerana bergambar seksi di IG.

Niat murni As’ad menasihati Jade yang juga sahabatnya bertukar menjadi perbalahan apabila wanita tersebut memuat naik paparan skrin mesej peribadi (DM) yang dihantar di laman sosial.

Jade mempunyai lebih 400,000 pengikut di IG.

Menurut As’ad, dia terkejut apabila instafamous berasal dari Vietnam dikenali sebagai Jade Anh memuat naik perbualan DM mereka di Instagram sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat.

Sebelum itu menerusi Insta Story, Jade memuat naik luahan marah terhadap lelaki Malaysia dan Indonesia yang dikatakan sering menghantar mesej lucah kerana fotonya menampakkan lurah dada.

Luahan Jade itu menarik perhatian seorang lelaki yang menegurnya supaya tidak lagi memuat naik foto sedemikian bagi menghalang dia terus menjadi mangsa lelaki miang.

 

Sumber : Mstar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "5 Fakta Tentang Model Vietnam, Jade Anh – Jadi Sasaran Lelaki Miang “As’ad Motawh Pernah Tegur Sebab Seksi Sangat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*