Terima ‘Paid Review’ Wanita Seksi Tunjuk Aset “Saya cuma post… bukannya dalam video itu saya atau isteri, Dapat komisen lagi”-

TINDAKAN pelakon Azwan Kombos memuat naik video reviu produk memaparkan wanita seksi di laman Instagram mengundang rasa kurang senang segelintir pengikut.

Menjawab kritikan netizen itu, Azwan berkata dia hanya menjalankan tugas seperti yang diminta oleh pelanggan selepas menerima bayaran.

“Saya tahu iklan tu tak sesuai, sebelum ini tak pernah pun bagi slot untuk iklan macam tu tapi disebabkan keadaan sekarang ini pendapatan tak menentu dengan komitmen yang perlu ditanggung, jadi saya perlu cari inisiatif dan membuka slot review di media sosial.

“Ya betul saya sebelum ini memilih, tapi sekarang dah tak boleh memilih sangat.

“Video itu disediakan oleh mereka dan saya hanya perlu post sahaja… lagipun bukannya dalam video itu saya atau isteri saya,” katanya kepada mStar.

Antara komen yang ditulis netizen.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Azwan berkongsi video reviu produk khusus untuk wanita dengan memperlihatkan seorang wanita menari sambil memaparkan sebahagian payudara.

Gara-gara aksi separa lucah itu, pengikut membanjiri ruangan komen dan menegur tindakan Azwan memuat naik video tersebut yang disifatkan kurang sesuai untuk tontonan umum.

Malah ada pengikut yang menyangka akaun Instagram suami kepada aktres Ezzaty Abdullah itu telah digodam.

“Saya juga diberitahu jika hasil jualan banyak, saya turut mendapat komisen!”

AZWAN KOMBOS

PELAKON

“Nampak tak sopan artis nak buat paid review macam ni… kena tapis dulu, yang follow artis ramai anak muda.

“Tak malu ke? Awak tu lelaki… dah macam tak ada benda nak review, saya yang tengok pun malu.

“Kena hack ke? Mohon delete! Tak elok la kongsi video macam ni, marketing sampah,” tulis pengikut.

Azwan dan isteri, Ezzaty Abdullah.

Dalam pada itu, Azwan memohon maaf jika iklan yang dimuat naik olehnya itu menyinggung hati mana-mana pihak.

“Saya minta maaf jika ada yang tersinggung dengan iklan tersebut… saya cuma post sahaja dan mendapat bayaran.

“Terpulang pada saya nak biarkan berapa lama video itu di Instagram saya, mereka tak ada bagi tempoh waktu pun.

“Malah saya juga diberitahu jika hasil jualan banyak, saya turut akan dapat komisen,” ujarnya.

 

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Be the first to comment on "Terima ‘Paid Review’ Wanita Seksi Tunjuk Aset “Saya cuma post… bukannya dalam video itu saya atau isteri, Dapat komisen lagi”-"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*