Youtuber Indonesia Ini Kagum Sikap Rakyat Malaysia, Sentiasa Pemurah Dengan Rakyat Negaranya.

Kuala Lumpur: “Saya hairan meskipun orang Malaysia tidak pernah bertemu atau mengenali rapat saya, mereka sangat memberi dorongan terutama apabila saya mula berjual nasi lemak dan teh tarik di Surabaya.

“Mereka sudi menempah jualan dan meminta diagihkan ke rumah anak yatim atau kepada orang yang susah. Walaupun proses itu rumit atau payah, mereka tidak kisah dan percaya dengan usaha saya berniaga,” kata YouTuber Indonesia, Captain Ivanovic atau nama sebenarnya Chairom Niam, 33.

Chairom yang memiliki lebih 266,000 subscriber di YouTube berkata, dia hairan dengan sikap segelintir ‘pengikutnya’ dari Malaysia yang sentiasa mengambil berat kesusahan saudara mereka di Indonesia.

“Saya bermula di YouTube dengan content reaksi berkenaan Malaysia sejak 2018 lagi apabila tertarik dengan prestasi pasukan bola sepak Malaysia.

“Reaksi diterima baik dari Malaysia atau penonton di Indonesia, rata-rata senang dengan pengisian dan perkongsian. Saya lebih terkesan dengan kebaikan rakyat Malaysia apabila dalam satu content video berdurasi 15 minit yang ketika itu saya sedang mengagihkan makanan dan sumbangan di sebuah rumah anak yatim di sini.

“Mereka tersentuh, lalu terus hubungi saya di Instagram bertanyakan keperluan apa lagi yang diperlukan rumah anak yatim berkenaan. Saya sampaikan permintaan wakil rumah anak yatim terbabit yang mereka amat perlukan motosikal bagi memudahkan urusan seharian.

“Terus saja rakan dari Malaysia itu mengaturkan satu sumbangan motosikal. Itu membuat saya bertambah hairan dengan sikap rakyat Malaysia yang begitu pemurah dan prihatin terhadap saudara mereka di Indonesia,” katanya.

Kata Chairom, lebih tersentuh ialah jawapan rata-rata penyumbang atau rakyat Malaysia yang sanggup bersusah payah membeli jualan nasi lemaknya bagi tujuan beramal serta menyokong kerja kebajikannya.

“Saya sering bertanya kepada rakan dari Malaysia, mengapa mereka sanggup bersusah payah memberi sumbangan dan jawapan itu menyebabkan hati saya benar-benar tersentuh.

“Mereka ikhlas membantu kerana berasakan saudara di Indonesia ini adalah saudara satu iman, satu rukun dan satu akidah. Di jawapan lain mereka sering menyebut dalam rezeki mereka ada rezeki orang lain dan berbahagi makanan, kasih sayang itu perkara mesti dilakukan,” katanya.

Kata Chairom, apa yang membuatkan beliau lebih dekat dengan Malaysia ialah mempunyai ibu angkat dari Jasin, Melaka. Ibu angkatnya itu banyak membantu beliau memahami budaya Malaysia bermula dengan bahasa dan kini kepada makanan serta minuman kegemaran rakyat Malaysia.

“Saya amat menyukai sajian Malaysia dan disebabkan rindu untuk menikmati sajian cita rasa Malaysia, saya minta seorang kenalan dari Johor hanya dikenali sebagai Zakuan untuk ajar cara menyediakan nasi lemak.

“Kemudian ibu angkat saya, ‘bunda’ Arida turut mengajar resipi keluarganya terutama sambal. Dia juga banyak beri tunjuk ajar berniaga kerana ada perniagaan katering,” katanya.

Jualan nasi lemak sejak November mendapat sambutan hangat apabila pernah terjual kira-kira 150 bungkus dalam tempoh kurang tiga jam.

“Saya berjualan dengan rakan, Embak Pia dan dia yang bantu saya membeli barang memasak sehinggalah kepada berjualan.

“Selama tempoh sebulan, kami berhasil mendapat modal kembali dan pejabat di sini menempah untuk jamuan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berharap lebih ramai lagi mula menjual menu Malaysia dan mempelbagaikan juadah sebagai tanda muhibah antara dua negara.

 

Captain Ivanovic bersama perniagaannya.

Captain Ivanovic bersama perniagaannya.

 

sumber: hmetro

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Be the first to comment on "Youtuber Indonesia Ini Kagum Sikap Rakyat Malaysia, Sentiasa Pemurah Dengan Rakyat Negaranya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*