Aiman Tino dah balik rumah, akui silap diri sendiri – ini jawapannya

SUSULAN status yang dimuat naik ibunya Hazelina Mat Jalil yang mendedahkan Aiman Tino sudah berubah, penyanyi itu tampil menjelaskan semua yang berlaku itu disebabkan salah faham.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 23 tahun itu mengaku apa yang berlaku itu berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

“Semuanya salah faham dan silap diri saya sendiri. Saya pun dah hubungi mak dan ayah saya.

“Isunya terjadi sebab saya terlupa nak call semula dan balas mesej WhatsApp ayah saya.

“Dari situ mak ayah saya mula fikir macam-macam,” katanya.

Menurut penyanyi Ku Rela Dibenci itu, dia sudah pun pulang ke kediaman keluarga di Kuala Kubu Bharu, Selangor malam Isnin bagi menjernihkan keadaan.

“Saya dah balik ke KKB semalam dan sudah jelaskan semua salah faham pada ibu bapa saya.

Antara status yang dimuat naik ibu Aiman.

“Saya cakap pada mereka walaupun saya jauh dengan keluarga, tak perlu mereka fikir bukan-bukan pada saya sebab saya boleh nilai sendiri mana baik dan mana buruk.

“Saya di KL ini pun untuk tujuan cari rezeki… saya boleh jaga diri sendiri,” katanya.

“Isunya terjadi sebab saya terlupa nak call semula dan balas mesej WhatsApp ayah saya.”

AIMAN TINO

PENYANYI

Menjawab dakwaan ibunya dia kini dikongkong oleh seorang wanita dikenali sebagai Farah, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini mengaku dia mereka berkenalan atas urusan kerja.

“Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri.

“Kepada semua pihak, jangan buat andaian sendiri dan teruskan menyokong kerjaya saya,” ujarnya lagi.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, ibu Aiman meluahkan rasa terkilan terhadap sikap anaknya yang didakwa mula ‘buat hal’ hingga mengabaikan kerjaya seni.

Malah, ibunya turut mendakwa Aiman gagal dihubungi hingga menganggu urusan berkaitan kariernya termasuk percaya kehidupan anaknya dikongkong oleh seorang wanita dikenali sebagai Farah.

 

Sumber : MStar

Artikel Sebelum ini

Ibu Aiman Tino Marah Kat Anak “kalau Marah Pun Tak Kan Ler Sampai Macam Nie”

” Kalau dah tak nak jadi artis, sila buat pengumuman, jangan su-sahkan kami.”

Itu status dimuatnaik oleh ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil meluahkan rasa terki-lan terhadap sikap anaknya yang didkwa mula ‘buat hal’ hingga mengabaikan kerjaya seni.

Lebih p4nas apabila Hazelina atau Riena menerusi Instagram miliknya pada Isnin turut mendkwa kehidupan anaknya dikong-kong seorang wanita.

Tiada angin tiada ribut, Riena turut mendakwa penyanyi lagu Terlerai Sebuah Janji itu gagal dihubungi hingga menggang-gu urusan berkaitan kariernya.

” Macam itulah kalau dah dikong-kong. Panggilan tak angkat, wartawan dan stesen TV cari. Harap maklum kepada yang berkenaan,” tulisnya.

Biarpun tidak menyebut nama namun status tersebut dipercayai ditujukan kepada anaknya iaitu Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri.

Usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan dan kenyataan daripada Aiman sendiri gagal apabila penyanyi berusia 22 tahun itu enggan mengulas mengenai status yang dimuat naik ibunya.

Pada 5 Januari lalu, Riena ada memuat naik foto Aiman dengan kapsyen meluahkan rasa rindu dan sayang terhadap anak lelakinya itu.

” Dia tak rindu saya ke ya. Apa-apa pun, saya sayang dan rindu dia,” kata Hazelina.

Dalam perkongsian berasingan, Hazelina menerusi Instastory turut memuat naik status amaran kepada seorang wanita yang dipercayai kekasih Aiman.

” Aku tidak teragak-agak cari mak bapa kau, perempuan xxx!” tulisnya.

 

Apa Pendapat Anda? Emak dia pun, org dah besar…sampai update kat instagram tu….macam ni mak pun ada….huhuhuh

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Aiman Tino dah balik rumah, akui silap diri sendiri – ini jawapannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*