Dic3kup Kh4lwat Di Rumah Sendiri Dengan Lelaki Bukan Islam Dan Ini Alasannya

KEDAH, ALOR SETAR: Seorang wanita (janda) memberi alasan mahu menjaga rakan lelakinya yang demam, ketika diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana disyaki berlakunya maksiat.

Dalam serbuan jam 11.40 malam tadi, lelaki berusia 29 tahun itu bukan beragama Islam ditemui berada dalam rumah wanita berusia 31 tahun di Taman Wira Mergong, di sini.

Ketika serbuan dilakukan, seorang kanak-kanak berusia lima tahun dipercayai anak wanita itu yang juga berstatus janda turut berada dalam rumah berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, serbuan dilakukan anggotanya yang diketuai Nasir Mat Dali itu berdasarkan maklumat awam yang diperoleh.

Beliau berkata, ketika disoal, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan wanita itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

“mahu menjaga rakan lelakinya yang demam” 

Mangsa Khalwat

“Lelaki itu bagaimanapun tidak ditahan kerana bukan Islam dan hanya diambil keterangan.Wanita itu yang berniaga secara dalam talian ditahan kerana disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kes4lahan Jen4yah Syariah Kedah 2014,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Radzi berkata, sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun p3njara atau kedua-duanya sekali.Beliau berkata, laporan polis turut dilakukan untuk memaklumkan laporan tangkapan berhubung k3s berkenaan.

SUMBER:BHARIAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Dic3kup Kh4lwat Di Rumah Sendiri Dengan Lelaki Bukan Islam Dan Ini Alasannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*