Artis Viral

Ini Respond Farid Kamil Setelah Pangkat Datuk Ditarik Balik Tetapi Boy Iman Lain Plak ….

Umum mengetahui, gelaran ‘Dato’ bagi kedua-dua pelakon tempatan ini iaitu Farid Kamil dan Boy Iman telah dibatalkan oleh Sultan Pahang yang berkuatkuasa pada 1 Februari lalu.

Terbaru, Farid Kamil, memuat naik satu posting di Instagram di mana dia meluahkan rasa hormat dan menerima keputusan dari pihak Istana Pahang.

Saya berbesar hati

Image result for farid kamil datuk

“Assalamualaikum w.b.t. Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Dato’ yang dikurniakan oleh Istana Pahang. Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.

Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada saya. Saya kini dalam usaha memasarkan filem Remp-it 2 yang akan menemui penonton dalam tahun ini juga. Salam Hormat, Farid Kamil Zahari”

Menurut Farid, dia berasa bangga dan berbesar hati kerana Istana Pahang telah menganugerahkannya gelaran ‘Dato’ pada tahun 2017. Tambahnya lagi, dia turut berasa hormat dan menerima keputusan bahawa gelaran yang diberikan kepadanya itu ditarik balik.

BOY IMAN TAK TERIMA APA APA SURAT PANGKAT DITARIK

Setakat ini saya belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Pahang berhubung penarikan balik darjah kebesaran. Saya tidak kecewa namun saya sendiri terkejut apabila dapat tahu daripada kawan-kawan media bukan daripada surat yang sepatutnya diberikan kepada saya melalui pihak istana. Saya rasa sedikit ralat kerana apa yang dilakukan tidak melambangkan kredibiliti atau protokol sedangkan saya sendiri tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak istana sampai hari ini.

Saya tak berani nak komen panjang. Saya tunggu sampai Jumaat ini kalau belum ada apa-apa surat istana atau SUK Pahang, saya sendiri melalui peguam saya akan tulis surat kepada pihak mereka. Sebab bagi saya, surat rasmi kepada mereka yang terlibat (ditarik balik darjah kebesaran) harus didahulukan sebelum memberi kenyataan media kepada wartawan.

Menerusi laporan Kosmo, Boy Iman memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut sehinggalah dihubungi pihak media untuk mendapatkan maklum balas. Dakwanya, penarikan balik darjah kebesaran tersebut juga dilakukan tidak mengikut saluran yang betul sebelum disebarkan kepada orang ramai melalui media.

Tambahnya, dia tidak akan teragak-agak untuk menulis surat sendiri kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) untuk bertanyakan sebab sebenar mengapa darjah kebesaran yang diberikan kepadanya ditarik balik.

Sumber: Farid Kamil & Kosmo via Oh Bulan

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *