Tempatan Tik Tok Viral

Fatin Kongsi Cara Atasi Penyakit M3ntal Yang Serius Dan Anxiety Yang Melampau Yang Dia Pernah Alami “Buku Orang Lain Tulis Nota, Buku Saya Penuh Istighfar”

ZAMAN sekarang ramai sebenarnya dalam diam mengalami masalah keresahan atau kebimbangan melampau atau lebih dikenali sebagai anxiety.

Masalah kesihatan ini tidak dinafikan boleh berlaku pada sesiapa sahaja lebih-lebih lagi apabila berada dalam situasi seperti trauma, kecemasan, gangguan sosial, panik dan stress.

Begitulah yang dialami seorang gadis berusia 22 tahun yang berasal dari Shah Alam, Selangor sejak tiga tahun lalu.

“Semua dengan bantuan Allah S.W.T kan, Allah tolong dengan sebaik-baiknya, ” tulisnya pada kapsyen TikTok.

Menerusi satu video yang dikongsi Fatin Nabila Ahmad Zainuddin di aplikasi TikTok, gadis berkenaan terbuka berkongsi pengalamannya mengalami penyakit mental yang serius dan gangguan kebimbangan melampau sehingga ia mencuri perhatian orang ramai.

Berkongsi pengalaman kepada mStar, dia yang lebih mesra disapa Fatin berkata suatu ketika dahulu dirinya pernah berdepan dengan trauma semasa melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi dan akhirnya terpaksa berpindah ke universiti lain.

“Sejujurnya, sebelum ini tak pernah terlintas pun nak berkongsi kisah perjalanan hidup saya secara terbuka.

Tidak dinafikan suatu ketika dahulu gadis ini pernah berasa tiada makna untuk hidup lagi.

“Tetapi dengan izin Allah saya membuat perkongsian itu adalah untuk membantu ramai orang di luar sana yang dalam diam mengalami masalah mental atau anxiety yang teruk.

“Tak tahu nak cakap macam mana teruk saya suatu ketika dulu mengalami masalah mental hinggakan terpaksa berpindah universiti untuk mendapatkan ketenangan.

“Mungkin trauma yang saya lalui itu hanya Yang Maha Esa sahaja tahu tetapi apa saya boleh saya katakan perjalanan lalui detik itu memang sukar, ” ujarnya.

“Saya selalu istighfar penuhkan hari dengan solat sunat taubat kerana hanya kita dapat bantu diri sendiri.”

FATIN

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 82,000 likes dan 800 komen.

Menurut Fatin, realitinya suatu ketika dahulu dia merasakan hidup ini tiada makna lagi dan menganggap dirinya begitu menyusahkan orang sekeliling.

Selain itu, gadis yang kini menuntut di Universiti Islam Antabarangsan Malaysia (UIAM) memberitahu ketika diserang anxiety jantungnya berdegup laju, tangannya menggigil sampai berpeluh hinggakan tidak berhenti menggigit kuku.

“Apa yang saya lalui suatu ketika dahulu sangat teruk. Subhanallah… Moga Allah S.W.T ampunkan semua dosa saya.

“Saya jadi tak tentu arah dan masa tu pegangan agama tak kuat. Asyik fikir masalah sampai risau tak tentu hala.

“Sampai satu hari ibu bawa ke hospital dan ketika itulah doktor beritahu saya mengalami masalah mental dan anxiety yang sangat serius, ” ujarnya yang menghargai usaha untuk memulihkan kesihatannya.

Gara-gara terlalu terkesan dengan penyakit, Fatin pernah berhenti belajar dan menyambung pengajiannya di Universiti yang lain.

Malahan, anak sulung daripada dua beradik ini mengakui tak mungkin dapat membalas jasa doktor yang merawatnya kerana walaupun berbeza agama, nasihat yang diberikan lebih menjurus kepada aspek sains.

“Dari situlah saya gunakan semua nasihat dia dan terapkan dalam perspektif Islam. Ternyata, Allah permudahkan segalanya untuk saya kerana sebelum ini saya tak tahu nak bersyukur dan berterima kasih, ” jelasnya yang menganggap kehidupannya kini ternyata berbeza berbanding dahulu.

Lebih mengundang sebak dalam kalangan netizen apabila wanita ini berjuang melawan penyakitnya sehingga bukunya penuh dengan catatan istighfar.

“Alhamdulillah…sejak saya nekad ingin berubah ke arah kebaikan. saya banyak perbaiki diri, dekatkan diri dengan Allah, cari jalan untuk selesaikan semua masalah, ikuti nasihat doktor dan paling penting saya cuba muhasabah diri.

“Tidak dinafikan ujian silih berganti masa nak berubah tetapi saya kuatkan diri saya yakin Allah sentiasa bersama saya.

Fatin bukan sahaja hebat menjadi pelajar dan bekerja sendiri, malah gadis ini menjadi pengasas kelas al-Quran atas talian.

“Saya selalu istighfar penuhkan hari dengan solat sunat taubat kerana hanya kita dapat bantu diri sendiri. Baik mak ayah atau kawan ada hadnya kerana mereka juga manusia biasa, ” katanya.

Penuntut yang bekerja secara sambilan sebagai tutor bahasa Inggeris ini telah berjaya menawarkan kelas al-Quran secara atas talian.

‘Empower Quran’ adalah program yang diasaskannya bersama beberapa tenaga pengajar yang juga graduan daripada Universiti Al-Azhar.

Fatin berharap perkongsiannya ini akan membawa seribu makna dan sekaligus bermanfaat kepada pembaca.

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *