Siti Sarah, Shuib Kena $aman RM1K Tak Patuh SOP, Duduk Lebih 2 Org Semeja Di Restoran.. Pening la

GARA-GARA tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), pasangan selebriti Shuib dan isteri, Siti Sarah Raisuddin masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 pada Jumaat.

Memetik Sinar Harian, Shuib dan Sarah dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di sebuah restoran di Lipis, Pahang.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, selain Shuib dan Sarah, dua lagi individu yang turut duduk semeja dengan pasangan itu turut dikenakan kompaun.

“Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op Covid-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira pukul 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit.

“Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambarnya bersama pasangan selebriti tersebut menjamu selera di dalam premis terbabit di Facebook miliknya.

Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari lalu hanya dibenarkan dua individu semeja sahaja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.

Tempat Kejadian Dalam Perjalanan Ke Kelantan

LIPIS – Seramai lima individu dikenakan kompaun masing-masing RM1,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di sebuah restoran di sini semalam.

Pasangan selebriti terkenal iaitu Shahmira Mohamad atau Shuib yang merupakan pelawak dan isterinya, Sarah Raissuddin merupakan antara lima individu yang didenda itu.

Difahamkan pasangan artis berkenaan yang dalam perjalanan ke Kelantan makan di sebuah restoran di bandar ini kira-kira pukul 9 malam.

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda? Macam mana nie suhaib,,,, SOP kena jaga tak kan tak tau…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Siti Sarah, Shuib Kena $aman RM1K Tak Patuh SOP, Duduk Lebih 2 Org Semeja Di Restoran.. Pening la"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*