Viral

Lelaki Serban Slamber Ambik Duit Tabung Derma Kat Kedai

SUNGAI PETANI:  Lelaki ditahan selepas mencvri tabung derma pembinaan surau sekolah daripada sebuah kedai makan di Permatang Berangan di sini petang semalam.

Kehilangan tabung derma mengandungi wang tunai RM250 yang diletakkan di kaunter bayaran di kedai itu disedari oleh seorang pekerja sebelum memaklumkan kepada majikannya.

Tabung derma itu milik Sekolah Kebangsaan Chepir, Sik dan hasil kutipan wang itu untuk pembinaan surau di sekolah berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda,Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kejadian itu berlaku pada pukul 2.30 petang semalam semasa pekerja di kaunter bayaran itu sibuk melayan pelanggan yang membuat bayaran.

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan lelaki terbabit yang berjubah dan berserban datang ke kedai itu menunggang motosikal sebelum menghampiri kaunter bayaran dan mengambil tabung berkenaan.

“Tindakan lelaki itu tidak disedari pekerja di kaunter bayaran kerana sibuk melayan  pelanggan yang ramai ketika itu,” katanya.

Menurut Adzli, selepas tiga jam rakaman itu menjadi viral, seorang penghantar makanan terserempak dengan suspek sejauh lima kilometer dari lokasi kejadian sebelum bertindak men4han dan menyerahkannya kepada pihak polis.

“Penghantar makanan itu mengenali suspek berdasarkan rakaman CCTV berkaitan kejadian itu yang menjadi viral dan dilihatnya.

“Lelaki yang ditahan itu kemudiannya mengaku melarikan tabung berkenaan dan kini dir3man selama empat hari bermula hari ini,” katanya.

Tambahnya, k3s disiasat di bawah S3ksyen 380 Kanun Kes3ksaan,” katanya.

Video Rakaman Tersebut

 

 

Sumber – UTUSAN ONLINE

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *