R0g0l Dalam L0kap: Akhirnya 11 Pegawai Kanan, Rendah P0lis Dik3nakan Tind4kan

KUALA LUMPUR, 15 Feb  — Sebelas pegawai kanan dan rendah polis akan dikenakan tindakan tatatertib berikutan laporan kes r0g0l di l0kap Balai Polis Pusat Miri, Sarawak, Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya.

Artikel Berkaitan : Macam Mana T4hanan Perempuan Boleh Di R0g0l Dalam L0kap

Beliau berkata kesemua mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana didapati gagal serta cuai menjalankan tugas.

“Tindakan tatatertib ini akan diambil oleh JIPS (diturunkan pangkat atau dibuang kerja),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamri berkata pihaknya menerima dua laporan polis iaitu laporan pertama dibuat oleh seorang anggota polis yang melibatkan kejadian r0g0l, manakala laporan kedua dibuat oleh mangs4 r0g0l yang mendakwa kejadian itu berpunca daripada kecuaian polis.

“Kedua-dua kertas siasatan yang dibuka telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan ditvduh,” katanya.

Zamri berkata seorang lelaki berumur 19 tahun ditvduh di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada 12 Jan, manakala bagi laporan kedua pula, kedua-dua anggota polis yang bertugas menjaga l0kap itu ditahan kerja bermula 14 Jan dan ditvduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 pada 9 Feb.

“JIPS telah menjalankan siasatan tatatertib bagi menyiasat kecuaian dan salah laku dalam kejadian itu,” katanya.

Pada Januari lepas, Senator Alan Ling Sie Kiong menerusi hantaran di akaun Facebook milik beliau mendedahkan satu laporan dibuat oleh seorang remaja perempuan di Balai Polis Pusat Miri mendakwa dirinya dir0g0l oleh tahanan lain semasa berada di l0kap balai berkenaan.

Sementara itu Zamri berkata JIPS memandang serius beberapa dakwaan kejadian gangguan s3ksual melibatkan petugas sekatan jalan raya yang tular di media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan tegas daripada sudut j3nayah dan tatatertib akan diambil terhadap semua yang terlibat jika didapati bersalah.

“Kesemua yang terlibat telah dikeluarkan daripada menjalankan tugas SJR sehingga siasatan selesai,” katanya.

Semalam, tular di media sosial seorang wanita dalam ciapan Twitternya mend4kwa mengalami gangguan s3ksval ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Duta.

Sumber: BERNAMA

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "R0g0l Dalam L0kap: Akhirnya 11 Pegawai Kanan, Rendah P0lis Dik3nakan Tind4kan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*