“Kenapa nak mohon cerai ta’liq Puan?” Antara Sebab Kenapa Nabi Cakap Neraka Hampir Keseluruhan Isinya Adalah Perempuan

‘Kenapa nak mohon cerai ta’liq Puan?’ tanya saya.

‘Sebab suami dah lama tak bagi nafkah. Dah lebih 4 bulan. Sejak suami excident. Lepas excident dia tak kerja dah. Kitaorang pun dah tak duduk sama’, jawab client perempuan tersebut.

‘Kenapa tak duduk sama Puan? Kenapa tinggalkan suami lepas suami eksiden? Kenapa Puan tak jaga suami?’

‘Kitorang ni susah. Duit pun takde. Saya pulak tak kerja. Memang harap gaji dia je. Ni dia dah eksiden, kena benti keje. Saya pun takde duit. Macam mana nak tanggung dia, nak uruskan dia. Jadi biar jelah dia duduk dgn family dia. Apa2 jadi pun family dia ada’, jawab client tersebut.

‘Oh..macam tu. Ok2. Puan datang dengan siapa?’ tanya saya lagi.

Dia terdiam.

Tup tup masuk seorang lelaki.

‘Ye cik? Ada apa2 yang boleh saya bantu?’

‘Takde apa.Saya tunggu bakal tunang saya ni’, jawab lelaki tersebut sambil tangannya menunjuk ke arah client perempuan tersebut.

Ya Allah. Tarik nafas panjang saya. Manusia jenis apa nih??

Hmmmm…..

Saya cuma nak ingatkan pada diri saya sendiri dan pada semua perempuan diluar sana yang bergelar isteri, Nabi kata NERAKA tu hampir keseluruhan isinya adalah perempuan. Bila sahabat tanya pada Nabi kenapa keseluruhan isi neraka adalah perempuan? Nabi jawab ‘disebabkan kekufuran mereka‘.

Sahabat tanya lagi ‘Adakah perempuan2 itu kufur kepada Allah?’ Nabi jawab ‘Tidak melainkan mereka KUFUR kepada suami dan mengKUFURI kebaikan suami BAHKAN saat dia melihat sesuatu yang tidak berkenan dihatinya tentang suaminya, nescaya ia akan berkata ‘aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan darimu (suami)’.

Oh ya. Satu lagi, bagi lelaki yang suka menyondol masuk kebun kepunyaan orang, Nabi cakap masa Nabi dimikrajkan, Baginda diperlihatkan isi neraka. Ada satu golongan yang Nabi tengok makan daging busuk (bangkai) sedangkan ada daging baik disebelahnya. Rupanya2 tu golongan penzina yang suka berzina dengan perempuan sedangkan ada isteri yang halal untuk ‘digauli’.

Ok. Last sekali, mati tu dekat oi! Takde isyarat, takde tanda.Tau2 dah terkiok je. Jadi bawak2 beringat dan bertaubat ye.

# The most beautiful blessing we have been given IS the CHANCE to REPENT.

Kredit to Nur Abda Tihani

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kenapa nak mohon cerai ta’liq Puan?” Antara Sebab Kenapa Nabi Cakap Neraka Hampir Keseluruhan Isinya Adalah Perempuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*