SKMM Siasat Dakwaan Penambahan Mahasiswa Tawar Diri Jadi ‘Sugar Baby’

ISU mengenai gadis muda termasuklah pelajar universiti yang menawarkan diri menjadi ‘sugar baby’ menerusi aplikasi Sugarbook hangat menjadi perbualan netizen sejak beberapa hari lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini sedang melakukan siasatan berhubung kegiatan tidak bermoral itu.

Jabatan Komunikasi Korporat SKMM berkata, gimik pemasaran syarikat tersebut itu perlu disiasat untuk disahkan kerana profil pengguna boleh diolah sesuka hati bagi tujuan lain termasuk memperdaya mangsa.

“Internet dan aplikasi internet telah membuka ruang kepada komunikasi yang lebih luas dan terbuka termasuklah aktiviti tidak bermoral seperti penganjuran parti liar, hubungan terlarang dan aktiviti bertentangan dengan undang-undang seperti penyediaan khidmat pelacuran dalam talian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat oleh polis di bawah Kanun Keseksaan.

“Jika terdapat unsur kegiatan pelacuran, tindakan lanjut akan dijalankan oleh PDRM manakala sekiranya platform itu didapati melanggar undang-undang negara ini, SLMM akan mengambil tindakan terhadap pengguna dan pemilik aplikasi berkenaan,” katanya.

Jabatan itu berkata, selain sugarbook, terdapat pelbagai aplikasi lain yang menawarkan perkhidmatan percintaan dalam talian.

“Pengguna harus sedar bahawa mereka mudah tertipu dan terdedah kepada risiko jenayah siber sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan siber dan kawalan kendiri.

“Risiko scam percintaan akan bertambah dengan terdedah juga kepada malware dan spyware, kebocoran maklumat peribadi serta gangguan seksual,” katanya.

Sebelum ini, seramai 12,705 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dilaporkan mendaftar dengan aplikasi sugarbook untuk mencari ‘sugar daddy’. – SinAR hARIAN

 

Ramai Mahasiswa Di Malaysia Ada Sugar Daddy, Bertambah Sejak PKP.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bimbang dengan laporan mendakwa Malaysia berada pada kedudukan tertinggi Asia bagi mahasiswa mendapatkan ‘sugar daddy’.

“Mungkin disebabkan desakan hidup dan ekonomi ekoran pandemik Covid-19 punca utama mahasiswa terbabit bertindak sedemikian,” katanya pada hantaran di media sosial hari ini.

Menurut presiden Umno ia bukan saja memperlihatkan keruntuhan moral, malah bertentangan dengan hukum syarak bagi mereka yang beragama Islam.

“Saya tidak berhasrat mencari salah sesiapa dalam soal ini kerana yang paling utama menyelamatkan generasi masa depan negara ini.

“Namun laporan media menyebut peningkatan lebih 40 peratus pendaftaran mahasiswa mencari ‘sugar daddy’ berlaku selepas PKP 1.0, PKPB, PKPP dan PKP 2.O.

“Oleh itu, saya berharap Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) cakna perkara ini dan saya sendiri akan berkomunikasi dengan (Menterinya) Dr Noraini Ahmad,” katanya lagi.

Zahid berkata dia berharap pihak berkuasa agama dapat menyiasat dan menyelamatkan bagi pelajar yang beragama Islam.

“Jika benar disebabkan desakan wang, JAKIM, Jabatan Agama Islam negeri, pusat zakat dan baitulmal mungkin boleh menyalurkan bantuan kewangan.

 

“Bantu mahasiswa dan jangan biarkan mereka hanyut,” katanya lagi.

Isu pelajar IPTA dan IPTS menjadi ‘sugar baby’ timbul susulan dakwaan aplikasi ‘dating’ atas talian, Sugarbook yang diasaskan di Malaysia dikatakan menghubungi “sugar daddy” atau “sugar mommy” dengan “sugar baby” di seluruh Asia.

“Sugar daddy” atau “sugar mommy” biasanya merupakan lelaki atau perempuan yang berusia yang sanggup menawarkan wang, hadiah atau habuan lain kepada temannya yang lebih muda – “sugar baby” – sebagai pertukaran kepada perhubungan.

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*