[Video] Viral Burung Gergasi Tangkap Jerung Dekat Pantai Yang Penuh Pengunjung Masih Lagi Menjadi Tanda Tanya

Berikut adalah kisah mengenai Pengunjung Myrtle Beach, South Carolina terpegun dan terkejut apabila melihat seekor burung gergasi melayang di atas langit sambil membawa seekor ikan besar.

Video yang dirakam oleh seorang warga Tennessee, Ashley White dari tingkat 17 pangsapuri percutiannya itu menunjukkan ikan itu masih sedang bergelut untuk melepaskan diri dari cengkaman burung gergasi berkenaan.

Video yang berdurasi selama 25 saat itu telah meraih lebih 30.7 juta tontonan di Twitter itu mencetuskan perdebatan tentang jenis burung dan ikan berkenaan yang kelihatan mirip ikan jerung, di samping meraih pelbagai komen menarik.

 

“Macam ni lah Sharknado bermula…”

 

Sementara banyak pengguna berpendapat bahawa burung besar itu adalah burung osprey kerana ia cukup kuat untuk menangkap ikan sebesar itu dari dalam air, ada juga bergurau bahawa mungkin ia adalah burung pterodactyl. Segelintir pengguna sosial juga meneka burung kondor atau helang.

“Bayangkan tengah baring kat pantai pastu jerung jatuh atas kau…”

Annotation 2020-07-03 045519

 

“Tengok gaya 2020 skrg helang dan jerung tu akan buat anak dan kita peru berdepan dengan jerung terbang…”

Annotation 2020-07-03 045626

Walaupun ramai yang yakin ikan tersebut adalah ikan jerung, ketua pakar meteorologi dengan media tempatan WPDE yang berkongsikan rakaman tersebut ke Facebook berpendapat bahawa rakaman itu menunjukkan burung osprey menangkap ‘ikan kembung besar Sepanyol’. Ospreys juga dikenali secara tempatan sebagai helang ikan.

Sumber : HimpunanCritaLawak

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*